Darat

Peta yang menunjukkan kawasan darat Bumi, dalam warna hijau dan kuning.
Garis pantai yang berliku di Knight's Point, New Zealand

Darat atau daratan (Jawi: دارت/ دارتن) merujuk kepada permukaan pepejal bumi yang tidak dilitupi secara kekal oleh air (seperti lautan).[1] Kebanyakan aktiviti manusia sepanjang sejarah telah terjadi di kawasan darat yang menyokong pertanian, habitat, dan pelbagai sumber semula jadi. Beberapa bentuk kehidupan (termasuk tumbuhan daratan dan haiwan daratan) telah berkembang dari spesies terdahulu yang hidup di dalam jasad air.

Kawasan di mana darat bertemu jasad besar air dipanggil zon pantai. Pemisahan darat dan air adalah konsep asas kepada manusia. Penandaan antara darat dan air boleh berbeza mengikut bidang kuasa tempatan dan faktor lain. Batasan maritim adalah satu contoh penentuan politik. Pelbagai sempadan semulajadi wujud untuk membantu dengan jelas menentukan di mana air bertemu darat. Bentuk bumi batu pepejal lebih mudah dibuat sempadannya daripada sempadan paya, di mana tidak ada titik yang jelas di mana darat berakhir dan jasad air telah bermula. Penyempadanan boleh berubah lagi disebabkan oleh pasang surut dan cuaca.

  1. ^ Michael Allaby, Chris Park, A Dictionary of Environment and Conservation (2013), p. 239, ISBN 0199641668.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne