Pariti kuasa beli

Pariti kuasa beli KDNK negara-negara di dunia (2003). AS ialah negara asas, maka nilai indeksnya ialah 100. Nilai index tertinggi ialah 154 di Bermuda, oleh itu sesuatu barang adalah 54% lebih mahal di Bermuda berbanding barang yang serupa di AS.

Teori pariti kuasa beli (bahasa Inggeris: purchasing power parity) menggunakan kadar pertukaran keseimbangan dua mata wang jangka masa panjang untuk menyamakan kuasa belinya. Teori yang dibangunkan oleh Gustav Cassel pada tahun 1920 ini berasaskan hukum satu harga, iaitu teori bahawa dalam pasaran cekap yang ideal, barang-barang yang serupa wajar ada satu harga sahaja.

Kadar pertukaran pariti kuasa beli menyamakan kuasa beli mata wang berlainan di negara asal masing-masing untuk "sebakul barang" yang diberi, digunakan selalunya untuk membandingkan taraf hidup antara negara, bukannya perbandingan keluaran dalam negara kasar per kapita pada kadar pertukaran pasaran. Kadar pertukaran pariti kuasa beli yang paling dikenali dan paling banyak digunakan ialah dolar Geary-Khamis, atau juga bergelar dolar antarabangsa.

Naik turun kadar pertukaran pariti kuasa beli ("Kadar Pertukaran Sebenar") merupakan kesan perubahan kadar pertukaran. Selain ketaktentuan ini, juga diperhatikan adanya penyimpangan kadar pertukaran pasaran dan pariti kuasa beli yang konsisten, contohnya harga (kadar pertukaran pasaran) barang-barang dan perkhidmatan bukan dagangan biasanya lebih rendah di mana pendapatan lebih rendah. (Satu dolar Amerika Syarikat yang ditukar dan dibelanjakan di India akan membeli lebih perkhidmatan gunting rambut berbanding satu dolar yang dibelanjakan di Amerika Syarikat). Pariti kuasa beli mengambil kira dan menyesuaikan diri untuk kos sara hidup lebih rendah seolah-olah semua pendapatan dibelanja dalam negeri. Dalam erti kata lain, pariti kuasa beli ialah jumlah bakul barang keperluan yang boleh dibeli di dalam negara berkenaan dengan wang yang dihasilkannya.

Adanya perbezaan ketara antara pariti kuasa beli dan kadar pertukaran pasaran. [1] Contohnya, Penunjuk Pembangunan Dunia 2005 Bank Dunia menganggarkan bahawa pada tahun 2003, satu dolar Amerika Syarikat bersamaan kira-kira 1.8 yuan China mengikut pariti kuasa beli [2] Diarkibkan 2007-02-23 di Wayback Machine — jauh berbeza dari kadar pertukaran nominal yang menetapkan satu dolar kepada 7.6 yuan. Percanggahan ini besar implikasinya; contoh, KDNK per kapita di Republik Rakyat China bernilai kira-kira AS$1,800 sementara mengikut pariti kuasa beli pula nilainya kira-kira AS$7,204. Ini sering digunakan untuk menegaskan bahawa China ialah ekonomi kedua terbesar di dunia, namun perhitungan sebegini hanya sah di bawah teori pariti kuasa beli. Sebaliknya, KDNK nominal per kapita Jepun bernilai kira-kira AS$37,600, tetapi perangkaan pariti kuasa belinya cuma AS$30,615.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne