Pejabat

Sebuah pejabat di UK

Pejabat (Jawi: ڤجابت, Mal., Sin., Bru.)[1] atau kantor (Jawi: کنتور‎, Ind.)[1][2] secara umumnya adalah sebuah bilik atau kawasan yang digunakan untuk melakukan kerja; pejabat juga boleh merujuk kepada bangunan terletaknya bilik atau kawasan kerja tersebut. Apabila digunakan sebagai kata sifat, istilah "pejabat" mungkin merujuk kepada hal berkaitan perniagaan. Dalam tatacara perundangan, sebuah syarikat atau pertubuhan memiliki pejabat di mana-mana tempat yang mana ia mempunyai kehadiran rasmi, walaupun kehadiran itu adalah terdiri daripada, senbagai contoh, gudang simpanan yang menggantikan pejabat.

Sebarang ruang pejabat boleh merangkumi pelbagai bentuk dari sekecil ruang menempatkan meja kerusi hinggalah seluas aras malah seluruh bangunan khusus yang dikhususkan untuk sesebuah syarikat. Pejabat kini diketahui berkait sebagai tempat kerja orang yang melakukan kerja melibatkan kepakaran dan pengurusan tanpa tenaga yang kuat (yakni "kolar putih").

  1. ^ a b "'office' - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 16 Ogos 2020.
  2. ^ "kantor". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 17 Ogos 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne