Pembelian Alaska

Cek yang digunakan bagi membayar Alaska, bernilai AS$7.2 juta

Pembelian Alaska merupakan satu kejadian di mana Alaska dibeli oleh Amerika Syarikat dari Empayar Rusia pada tahun 1867. Pembelian ini telah dibuat atas arahan daripada Setiausaha Negara Amerika Syarikat William H. Seward, membuatkan wilayah Amerika Syarikat bertambah sebanyak 586,412 kaki persegi. Asalnya, ia ditadbir sebagai Jabatan Alaska, kawasan ini kemudian menjadi Daerah Alaska dan Wilayah Alaska sebelum menjadi negeri moden Alaska setelah diterima ke dalam Amerika Syarikat pada tahun 1959.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne