Perakuan Hak Amerika Syarikat

United States Bill of Rights
United States Bill of Rights
JenisConstitutional document, statut, bill of rights Sunting ini di Wikidata
Bahasa asalBahasa Inggeris Sunting ini di Wikidata
Dibuat1791
LokasiArkib Negara Amerika
NegaraAmerika Syarikat Sunting ini di Wikidata
PengarangJames Madison
TujuanPerakuan hak bagi Amerika Syarikat
Laman sesawang
https://hdl.loc.gov/loc.wdl/wdl.2704, https://www.archives.gov/founding-docs/bill-of-rights-transcript Teks penuh
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Di Amerika Syarikat, Perakuan Hak merupakan nama bagi sepuluh pindaan pertama terhadap Perlembagaan Amerika Syarikat.[1] Ia diperkenalkan oleh James Madison kepada Kongres Pertama Amerika Syarikat pada 1789 sebagai satu siri pindaan perlembagaan, dan mula dikuat kuasakan pada 15 Disember 1791, apabila ia disahkan oleh tiga per empat Negeri. Perakuan Hak ini mengehadkan kuasa kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, melindungi hak semua warganegara, penduduk dan pelawat di wilayah Amerika Syarikat.

Perakuan Hak ini melindungi kebebasan bersuara, kebebasan akhbar dan kebebasan beragama; hak untuk memiliki dan memegang senjata; hak untuk berhimpun; hak untuk menulis petisyen; dan melarang penggeledahan dan penyitaan tanpa sebab; hukuman yang kejam dan luar biasa dan memaksa seseorang mendakwa dirinya bersalah. Perakuan Hak ini juga melarang Kongres dari membuat undang-undang berkenaan pengasasan agama dan melarang Kerajaan Persekutuan dari merampas kehidupan, kebebasan dan harta benda seseorang, tanpa proses undang-undang. Dalam Persekutuan, bagi kes jenayah, ia memerlukan pendakwaan dari jemaah juri bagi sebarang jenayah, menjamin perbicaraan awam yang cepat dengan juri yang tidak berat sebelah yang terdiri dari ahli negeri-negeri atau daerah kehakiman yang berlakunya jenaya. Sebagai tambahan, Perakuan Hak menyatakan bahawa "sebutan dalam Perlembagaan, bagi sesetengah hak, tidak boleh ditafsirkan untuk penafian atau memperkecilkan yang lain yang dikekalkan oleh rakyat,"[2] dan mengekalkan semua kuasa yang tidak dianugerahkan kepada kerajaan persekutuan kepada warganegara ataupun negeri. Kebanyakan larangan ini kemudian digunapakai dalam negeri oleh satu siri keputusan penggunapakai disebabkan oleh klausa proses bagi Pindaan Keempatbelas, yang disahkan pada 1868, selepas Perang Saudara Amerika.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bill-loc tidak disediakan
  2. ^ Lihat: Pindaan Kesembilan Perlembagaan Amerika Syarikat

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne