Sistem pengendalian

Dalam bidang sains komputer, sistem pengendalian atau sistem operasi ialah sekumpulan atur cara komputer yang menguruskan sumber perkakasan dan perisian bagi sesebuah komputer secara menyelaras dan mengawal kendalian sumber-sumber ini.[1] Ia memproses sistem mentah dan input pengguna lalu membalas dengan memperuntukkan serta menguruskan tugas dan sumber sistem dalaman sebagai suatu perkhidmatan kepada para pengguna dan atur cara sistem. Pada asasnya, sesebuah sistem pengendalian akan melakukan tugas asas yang berikut:

Ubuntu, sebuah sistem pengendalian

Kebanyakan sistem pengendalian membekalkan atur cara penggunaan yang menawarkan antara muka kepada sumber yang diuruskan oleh sistem pengendalian. Atur cara penggunaan ini mempunyai pentafsir garis perintah sebagai antara muka pengguna asas tetapi sejak pertengahan dekad 1980-an, ia telah digantikan dengan antara muka pengguna grafik (GUI) untuk memudahkan pengendalian.

Sistem pengendalian pada dirinya tidak mempunyai sebarang antara muka pengguna kerana penggunanya ialah atur cara penggunaan dan bukan manusia. Sistem pengendalian ialah pelantar untuk perisian sistem yang lain dan juga untuk perisian penggunaan. Antara sistem pengendalian yang paling popular ialah Microsoft Windows, Linux, dan Mac OS. Microsoft Windows menguasai bahagian pasaran yang terbesar dalam pasaran komputer meja dan komputer riba, manakala pelayan sesawang biasanya menggunakan Linux atau sistem ala UNIX yang lain.[2] [3] UNIX juga banyak digunakan di institusi akademik. Disebabkan ia percuma dan bebas, Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian syarikat yang dulunnya menggunakan Windows.

Pasaran komputer kerangka utama dan komputer terbenam pula terbahagi kepada sebilangan sistem pengendalian, dengan sesetengahnya tidak berkaitan langsung dengan keluarga Windows atau Unix.

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "sistem pengoperasian". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 76. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ Linux market share set to surpass Win 98, OS X still ahead of Vista
  3. ^ Linux server market share keeps growing

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne