The Star-Spangled Banner

"The Star-Spangled Banner"
Skor muzik terawal lagu ini yang terselamat, dari tahun 1814.

National anthem  Amerika Syarikat
LirikFrancis Scott Key, 1814
MuzikJohn Stafford Smith, s. 1773
Diguna pakai03 Mac 1931 (1931-03-03)[1]
Sampel audio
"The Star-Spangled Banner" (instrumental, one stanza)

The Star-Spangled Banner ("Panji Berhias Bintang") ialah lagu kebangsaan Amerika Syarikat. Liriknya diambil daripada sebuah sajak bertajuk "Defence of Fort M'Henry"[2] nukilan Francis Scott Key (1779-1843), seorang peguam dan penulis, yang memperingati pengeboman Kubu McHenry di pelabuhan Baltimore oleh Tentera Laut Diraja British semasa Perang 1812 meletus antara pihak kerajaan Britain dengan jajahan-jajahannya di Amerika Utara yang mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Baris-baris sajak tersebut dinyanyikan mengikut melodi "To Anacreon in Heaven", sebuah lagu yang ditulis sekitar tahun 1773 untuk sebuah kelab sosial di Britain iaitu The Anacreon Society.

Lagu tersebut dipilih untuk kegunaan rasmi Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1889. Ia akhirnya menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat di bawah sebuah usul undang-undang yang dipersetujui Senat pada 3 Mac 1931 [3] dan ditandatangani Presiden Herbert Hoover pada hari berikutnya.[4]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan adopted tidak disediakan
  2. ^ "Defence of Fort M'Henry | Library of Congress". Loc.gov. Dicapai pada 2017-04-18.
  3. ^ "'Star Spangled Banner' Is Voted National Anthem by Congress". The New York Times. March 4, 1931. p. 1.
  4. ^ ""Star-Spangled Banner" Is Now Official Anthem". The Washington Post. 5 Mac 1931. ms. 3.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne