Tulisan Jawi

Tulisan Jawi
توليسن جاوي
Jenis
BahasaUtamanya:
Tempoh masa
sekitar tahun 1300 Masihi sehingga kini
Aksara induk
Proto-Kanaan
Rupee Jawa Hindia Timur Belanda dengan tulisan Jawi
Batu Bersurat Terengganu, tulisan tahun 1303M, merupakan artifak bertulisan Jawi yang tertua pernah dijumpai. Ia bercatang-undabng setempat yang dipengaruh oleh Syariah, maka merupakan bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia.

Tulisan Melayu atau Tulisan Jawi (توليسن جاوي) atau Abjad Jawi, juga dipanggil Pegon dan Gundhil di daerah Jawa, Jawoë di Aceh Darussalam, Yawi di Pattani dan Jawi atau Arab Melayu di Sumatera (Riau,Kepulauan Riau, Sumatera Barat, Jambi, Sumatera Selatan, dan Bangka Belitung), Kalimantan (Kalimantan Barat dan Kalimantan Selatan), Malaysia serta Brunei Darussalam. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.[1][2] Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan enam huruf tambahan Jawi iaitu چ‎ (ca), ڠ‎ (nga), ڤ‎ (pa), ݢ ‎(ga), ۏ ‎(va), dan ڽ (nya‎) yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.[3][2]

Tulisan Jawi merupakan satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan dalam hal ehwal keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia[4] dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.

  1. ^ "tulisan Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  2. ^ a b "Jawi II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  3. ^ "huruf Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  4. ^ Andrew Alexander Simpson. Language and National Identity in Asia. Oxford University Press. m/s. 356–60. ISBN 0199267480.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne