Angkatan Tentera Malaysia (ATM) اڠكتن تنترا مليسيا | |
---|---|
![]() ![]() Angkatan Tentera Malaysia (ATM) | |
Aktif | 1 Mac 1933 - kini |
Negara | Malaysia |
Kesetiaan | Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong |
Cawangan | ![]() ![]() ![]() |
Saiz | Aktif - 113,000 [1] Simpanan - 51,600 |
Pangkalan | Markas Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan |
Nama samaran | ATM |
Warna | Biru Muda Merah Biru Tua |
Kawat | Tentera Benteng Pertahanan Negara |
Peringatan | 16 September |
Pertempuran | Perang Dunia Kedua Darurat Konfrontasi Indonesia-Malaysia Pencerobohan Lahad Datu 2013 |
Komander | |
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar |
Panglima Angkatan Tentera Malaysia | Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar |
Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia | Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad |
Tanda kebesaran | |
Simbol pengenalan | ![]() |
Angkatan Tentera Malaysia (Tulisan Jawi: اڠكتن تنترا مليسيا; singkatan: ATM) ialah satu ketumbukan tentera negara Malaysia yang bertanggungjawab terhadap kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia dari anasir luar. ATM meliputi tiga cabang perkhidmatan iaitu; Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Panglima Angkatan Tentera dan ATM dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku pemimpin tertinggi ATM.