![]() Gambar pedagang Cina di Banten | |
Jumlah penduduk | |
---|---|
1,739,000 (banci 2000)[1] 2.832.510 (banci 2010)[2] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Jawa, Kalimantan Barat, Sumatera, Bangka-Belitung dan Sulawesi Selatan. | |
Bahasa | |
Hokkien, Hakka, Teochew, Mandarin, Jawa, Indonesia dan bahasa-bahasa daerah yang lain. | |
Agama | |
Buddha 49%, Kristian Protestan 25%, Kristian Katholik 18%, Islam 5%, dan Konfusianisme 3%. | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Kaum majoriti suku Han dan kaum minoriti suku Hui di China. |
Cina Indonesia atau Tionghoa Indonesia ialah sebuah kelompok etnik imigrasi yang terdapat dalam Republik Indonesia. Orang-orang cina Indonesia merupakan keturunan yang berhijrah dari China secara berkala kerana kemiskinan dan situasi politik di China. Masyarakat Cina Indonesia umumnya bertutur bahasa dialek seperti Hakka, Hokkien, Hainan, Tiochiu, Hockchia dan Konghu yang merupakan bahasa ibunda mereka sedari sebelum berhijrah dari Cina Selatan, mereka juga fasih bertutur Bahasa Indonesia dalam kehidupan sehari-hari.