Daerah Seremban | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | سرمبن |
• Cina | 芙蓉县 |
• Tamil | சிரம்பான் |
![]() Lokasi Daerah Seremban di Negeri Sembilan | |
![]() | |
Lokasi Daerah Seremban di Malaysia | |
Koordinat: 2°41′16″N 101°55′11″E / 2.687779654413509°N 101.91985474789888°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Seremban |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Mohamad Najib bin Mustafa[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 935.02 km2 (361.01 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 692,283 |
• Kepadatan | 740/km2 (1,900/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Not observed) |
Poskod | 70xxx |
Kod panggilan | +6-06 |
Nombor plat kenderaan | N |
Daerah Seremban merupakan salah satu daripada tujuh daerah di Negeri Sembilan, Malaysia. Dalam daerah ini terletaknya ibu negeri Negeri Sembilan iaitu Bandaraya Seremban. Daerah Seremban terletak di bahagian barat Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 93.501.88 hektar. Daerah Seremban bersempadan dengan daerah Jelebu dan Kuala Pilah di timur, daerah Port Dickson di barat dan daerah Rembau di selatan. Di dalam daerah ini terdapat 8 buah mukim dengan mempunyai 89 buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) termasuk 12 JKKK Kampung Baru.[3]
Pada tahun 2020, terdapat 692,283 penduduk di dalam daerah Seremban dengan kadar pertumbuhan sebanyak 2.6%.[4]