Ekonomi Singapura | |
---|---|
Kedudukan | ke-58 |
Mata wang | Dolar Singapura (SGD) |
Tahun fiskal | 1 April - 31 Mac |
Pertubuhan perdagangan | WTO, APEC |
Perangkaan | |
KDNK | $124.3 bilion (anggaran 2005) |
Pertumbuhan KDNK | 7.9% (2006) |
KDNK per kapita | AS$28,100 |
KDNK mengikut sektor | Pertanian: 0%, industri: 33.9%, perkhidmatan: 66.1% (anggaran 2005) |
Inflasi (CPI) | 0.4% (anggaran 2005 ) |
Populasi dibawah garis kemiskinan | tiada maklumat |
Pekali Gini | tiada maklumat |
Tenaga buruh | 2.28 juta (anggaran September 2005) |
Tenaga buruh mengikut pekerjaan | Perkilangan 18%, pembinaan 6%, pengangkutan dan komunikasi 11%, kewangan, perniagaan dan perkhidmatan lain 39%, lain-lain 26% (2003) |
Pengangguran | 2.7% (2006) |
Industri utama | Elektronik, bahan kimia, perkhidmatan kewangan, pelengkapan penggerudian minyak, penapisan petroleum, pemprosesan getah dan keluaran getah, makanan proses dan minuman, pembaikan kapal, pembinaan pelantar luar pesisir, sains hayat, dan perdagangan entreport |
Dagangan antarabangsa | |
Eksport | $204.8 bilion f.o.b. (anggaran 2005) |
Barangan yang dieksport | Jentera dan pelengkapan (termasuk elektronik), barang pengguna, bahan kimia, dan bahan bakar mineral |
Rakan dagangan eksport utama | Malaysia 14.7%, Amerika Syarikat 11.5%, Indonesia 10.7%, Hong Kong 10.4%, China 9.5%, Jepun 6%, Thailand 4.5%, Australia 4.1% (2005) |
Import | $188.3 bilion (anggaran 2005) |
Barangan yang diimport | Jentera dan pelengkapan, bahan bakar mineral, bahan kimia, barang makanan |
Rakan dagangan import utama | Malaysia 14.4%, Amerika Syarikat 12.4%, China 10.8%, Jepun 10.1%, Indonesia 5.5%, Arab Saudi 4.7%, Korea Selatan 4.5% (2005) |
Kewangan awam | |
Hutang awam | AS$23.76 bilion (anggaran 2005) |
Hasil negara | AS$18.67 bilion |
Perbelanjaan | AS$18.21 bilion; termasuk perbelanjaan modal sebanyak AS$5.1 bilion (anggaran 2005) |
Bantuan ekonomi | tiada |
Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551) | |
sunting |
Kehidupan di Singapura |
---|
Agama |
Bahasa |
Bahasa Singlish |
Demografi |
Ekonomi |
Filem |
Hari Kelepasan |
Kebudayaan |
Kehomoseksualan |
Kesusasteraan |
Muzik |
Pendidikan |
Pengangkutan |
Politik |
Sukan |
Tarian |
sunting |
Ekonomi Singapura ialah sebuah ekonomi pasaran bebas yang amat maju dan berjaya, dengan kerajaannya memainkan peranan yang utama. Singapura mempunyai sebuah persekitaran perniagaan yang terbuka, nyata, dan agak bebas daripada amalan rasuah, dengan harga-harga yang stabil. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapitanya adalah antara yang tertinggi di dunia. Eksport, khususnya elektronik dan bahan kimia serta perkhidmatan, merupakan sumber hasilnya yang utama yang membenarkannya membeli sumber-sumber semula jadi dan bahan-bahan mentah yang tidak dimilikinya. Oleh itu, Singapura bolehlah dikatakan bergantung kepada sebuah konsep perdagangan entreport yang lanjut, dengan pembelian bahan-bahan mentah untuk dihalusinya bagi tujuan mengeksport kembali, umpamanya industri pembikinan wafer dan penapisan minyak.
Singapura juga mempunyai sebuah pelabuhan yang strategik yang memberikannya kelebihan untuk bersaing, berbanding dengan jiran-jirannya yang menjalankan kegiatan-kegiatan entreport. Pelabuhan Singapura ialah pelabuhan yang tersibuk di dunia, mengatasi juga Hong Kong dan Shanghai. Selain daripada infrastruktur pelabuhannya yang unggul, Singapura juga mempunyai tenaga buruh yang mahir, hasil daripada kejayaan dasar pendidikannya untuk mengeluarkan pekerja-pekerja yang mahir. Infrastruktur pelabuhannya yang unggul memberinya laluan yang lebih mudah ke pasaran kedua-dua import dan eksport, manakala kemahiran tenaga buruh diperlukan untuk menghalusi barang-barang import supaya menjadi barang-barang eksport.
Pada 14 Februari 2007, kerajaan Singapura mengumumkan bahawa pertumbuhan ekonomi pada tahun 2006 telah mencapai 7.9%, suatu pencapaian cemerlang yang melebihi jangkaan yang asal sebanyak 7.7%. [1]