Hephaestus

Hephaistos
Dewa api, gunung berapi, pertukangan logam, tukang, metalurgi, tukang kayu, tempa, pengukir, dan tukang besi
Ahli 12 Dewa Olympus
Hephaestus di Tempa oleh Guillaume Coustou yang Muda (Louvre)
Tempat tinggalGunung Olympus
Simboltukul, andas, penyepit
Maklumat peribadi
Ibu bapaZeus dan Hera, atau Hera sahaja
Adik-beradikAres, Hebe, Eileithyia, dan banyak adik-beradik sebelah bapa
PasanganAphrodite (bercerai)
Aglaea
ZuriatThalia, Erichthonius, Eucleia, Eufem, Philophrosyne, Cabeiri dan Euthenia
Equivalents
Kesetaraan RomVulcan

Hephaistos (Yunani: Ἥφαιστος, translit. Hḗphaistos, sebutan Attika: /hɛ̌ː.pʰai̯s.tos/; bahasa Inggeris: Hephaestus) ialah dewa pertukangan, tukang besi, tukang kayu, api, metalurgi, kerja logam, arca dan gunung berapi yang dipuja masyarakat Yunani Purba.[1] Dia diceritakan anak kepada Zeus dan Hera, tetapi dalam sesetengah penceritaan dia dilahirkan oleh Hera dan tidak berbapa. Dia dibuang dari Gunung Olympus sama ada ibunya Hera kerana kakinya yang cacat tempang sejak lahir; ataupun oleh Zeus kerana melindungi Hera daripada godaan Zeus (dan tempang Hephaistos adalah akibat kejatuhan dia).[2][3][4]

Sebagai dewa penempa, Hephaistos membuat semua senjata para dewa di Olympus. Dia berkhidmat sebagai tukang besi dewa-dewi, dan disembah di pusat-pusat pengeluaran dan perindustrian Yunani, khususnya Athens. Pusat pemujaan Hephaistos berada di Lemnos.[1] Simbol Hephaistos ialah tukul besi, andas dan sepasang penyepit.

  1. ^ a b Walter Burkert, Greek Religion 1985: III.2.ii; see coverage of Lemnos-based traditions and legends at Mythic Lemnos
  2. ^ Graves, Robert (1955). The Greek Myths: 1. Harmondsworth, Middlesex, England: Penguin Books. m/s. 51. ISBN 0736621121.
  3. ^ Homeric Hymn to Apollo 316–321; Homer, Iliad 18.395–405.
  4. ^ Homer, Iliad 1.590–594; Valerius Flaccus, ii, 8.5; Apollodorus, i, 3 § 5. Apollodorus confounds the two occasions on which Hephaestus was thrown from Olympus.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne