Yang Berbahagia Tan Sri Ismail Omar | |
---|---|
Ketua Polis Negara Malaysia ke-9 | |
Dalam jawatan 13 September 2010 – 16 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Musa Hassan |
Digantikan oleh | Khalid Abu Bakar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kulim, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu | 17 Mei 1953
Pasangan | Puan Sri Suriati Md Sobri |
Tan Sri Ismail Haji Omar (lahir 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang ke sembilan. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 13hb September 2010, menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang bersara. Datuk Hussin Ismail menjadi timbalannya.[1] Sebelum itu Tan Sri Ismail sendiri merupakan timbalan Tan Sri Musa. Beliau dilantik ke jawatan itu menggantikan Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz yang bersara pada 12 November 2007.[2]