Coordinates: Unknown argument format
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah
![]() | |
---|---|
![]() | |
Kedudukan di Turki | |
![]() | |
Gambaran Keseluruhan | |
Wilayah | Wilayah Marmara, Turki |
Wilayah | Wilayah Istanbul |
Jumlah penduduk | 12,428,380 [1] (2019) |
Keluasan | 5,764 km² |
Kepadatan penduduk | 6,521 orang/km² |
Ketinggian | 100 m |
Koordinat | 41.01°′ U 28.98°′ T |
Kod pos | 34010 - 34850 dan 80000 - 81800 |
Kod kawasan | (+90) 212 (bahagian Eropah) (+90) 216 (bahagian Asia) |
Plat nombor Turki | 34 |
Datuk Bandar | Kadir Topbaş (Parti Keadilan dan Pembangunan) |
Laman sesawang | Kawasan Perbandaran Metropolitan Istanbul |
Gabenor | Muammer Güler |
Laman sesawang Gabenor | Portal Istanbul |
Istanbul (B. Turki: İstanbul, bentuk Uthmaniyah استانبول; Greek: Κωνσταντινούπολις Konstantinoúpolis; juga dalam bahasa Melayu lama: Setambul, Jawi: ستمبول)[2] ialah bandar raya yang terbesar, serta juga pusat kebudayaan dan ekonomi negara Turki. Bandar raya ini yang merupakan ibu negeri Wilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T pada Selat Bosphorus, dan merangkumi pelabuhan asli yang dikenali sebagai Tanduk Emas (bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara ini.
Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrake) dan Asia (Anatolia) lantas merupakan metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza:
Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuah Ibu Negara Kesenian Eropah pada tahun 2010. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Pada tahun 1923 berikutan penubuhan Republik Turki, ibu negara dipindahkan ke Ankara.
Menurut banci 2000, jumlah penduduk sebanyak 8,803,468 orang di bandar raya dan 10,018,735 orang di kawasan metropolitan menjadikan Istanbul sebagai bandar raya yang kedua terbesar di Eropah. Anggaran banci pada 20 Julai 2005 sebanyak 11,322,000 orang untuk kawasan metropolitannya telah menjadikan Istanbul sebagai salah satu daripada dua puluh buah kawasan metropolitan terbesar di dunia. Bandar raya ini dipilih sebagai Ibu Negara Kesenian Eropah pada 2010 (bersama Pécs, Hungary dan Essen, Jerman).