Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka
کسلطانن ملايو ملاک
1400–1528
Peluasan wilayah pada abad ke-15
Peluasan wilayah pada abad ke-15
Ibu negaraMelaka
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu Klasik
Agama
Islam, Ahli Sunah Waljamaah
KerajaanRaja mutlak
Sultan 
• 1400–1414
Parameswara
• 1414–1424
Megat Iskandar Shah
• 1424–1444
Muhammad Shah
• 1444-1446
Abu Syahid Shah
• 1446-1459
Muzaffar Shah
• 1459-1477
Mansur Shah
• 1477–1488
Alauddin Riayat Shah
• 1488–1511
Mahmud Shah
• 1511–1513 (de facto)
Ahmad Shah
• 1513–1528
Mahmud Shah (Pemerintahan ke-2)
Bendahara 
• 1510–1511
Sejarah 
• Didirikan
1400
• Penaklukan Melaka (1511)
  • Berpecah kepada pemerintahan Kesultanan Johor & Kesultanan Perak (1529)
1528
Mata wangEmas dan perak
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Singapura Lama
Portugis Melaka
Kesultanan Johor-Riau
Kesultanan Perak
Kesultanan Pahang
Sekarang sebahagian dari Malaysia
 Indonesia
 Singapura
 Thailand

Kesultanan Melayu Melaka (Jawi: کسلطانن ملايو ملاک) merupakan sebuah kesultanan Melayu yang berpusat di Melaka. Tesis sejarah konvensional menandakan sekitar tahun 1400 sebagai tahun penubuhan kesultanan Melaka oleh Raja Temasek (Singapura) yang bernama Dharmaraja atau dengan gelaran Parameswara cicit Sang Nila Utama (pengasas Temasek). Beliau juga dikenali sebagai Iskandar Shah (selepas beliau memeluk Islam) yang berasal dari keturunan Palembang.[1] Namun, tahun penubuhan Melaka telah disemak semula baru-baru ini dan diubah menjadi tahun 1262.[2] Pada kemuncak zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15, ibu kotanya berkembang menjadi salah satu pelabuhan pindah kapal yang paling penting, dengan wilayah kesultanan yang meliputi sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan sebahagian besar kawasan utara pulau Sumatera.[3]

Sebagai sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa yang pesat, Melaka muncul sebagai pusat pendidikan dan penyebaran Islam, dan memangkin perkembangan bahasa, kesusasteraan dan kesenian Melayu. Kesultanan Melaka menandakan zaman kegemilangan kesultanan Melayu di Nusantara, dengan Bahasa Melayu Klasik menjadi lingua franca Maritim Asia Tenggara dan tulisan Jawi menjadi medium utama pertukaran budaya, agama dan bangsa, negara intelektual. Zaman Kesultanan Melaka telah menyaksikan penubuhan identiti Melayu[4][5] serta pemelayuan di rantau ini sehingga seterusnya membentuk Alam Melayu.[6]

Pada tahun 1521, ibu kota Melaka jatuh ke tangan Empayar Portugis, memaksa Sultan Melaka terakhir, Mahmud Shah (r. 1488–1511), berundur ke kawasan empayarnya yang lebih jauh dari ibu kota, di mana keturunannya menubuhkan dinasti pemerintahan baharu, Johor dan Perak. Warisan politik dan budaya kesultanan kekal sehingga ke hari ini. Selama berabad-abad lamanya Melaka telah diangkat sebagai contoh tamadun Melayu-Islam. Melaka telah menubuhkan sistem perdagangan, diplomasi, dan tadbir urus yang berterusan sehingga abad ke-19, dan memperkenalkan konsep seperti daulat yang terus membentuk pemahaman kontemporari tentang raja Melayu.[7]

  1. ^ Cœdès, George (1968). The Indianized states of Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. 245–246. ISBN 978-0-8248-0368-1.
  2. ^ Sulalatus Salatin by Raja Bongsu Manuscript 18 of Stamford Raffles
  3. ^ Ahmad Sarji 2011
  4. ^ Barnard 2004, halaman 7
  5. ^ Andaya & Andaya 1984, halaman 55
  6. ^ Mohamed Anwar 2011
  7. ^ Ahmad Sarji 2011

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne