Secawan kopi | |
Jenis | Minuman panas atau sejuk |
---|---|
Pengeluar | Variasi |
Negara asal | Habsyah, Yaman |
Diperkenalkan | Kira-kira 800 M |
Warna | Perang |
Kopi, kahwa atau kawa adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada biji sejenis tumbuhan dalam genus Coffea[1] yang dipanggang menghasilkan suatu air berperisa pahit manis. Kopi mempunyai kesan perangsang kepada sesiapa yang meminum kerana mengandungi kafeina. Pada hari ini, kopi menjadi salah satu minuman yang paling disukai di seluruh dunia.[perlu rujukan]
Minuman ini mula ditemui dalam abad ke-9 di tanah tinggi Habsyah.[2] Penemuan ini menyebabkan minuman kopi merebak ke Mesir dan Yaman di mana ia dimasyhurkan dalam kalangan ahli sufi[3] dan pada abad ke-15, minuman ini telah sampai ke Armenia, Parsi, Turki dan utara Afrika. Dari dunia Islam, kopi tersebar ke Itali dan seluruh Eropah sehingga akhirnya pergi sejauh benua Amerika.[4]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Meyers