Krismas Natal كريسمس/ناتل | |
---|---|
Observed by | Kristian Ramai bukan Kristian[1] |
Type | Kristian, kebudayaan |
Significance | Keputeraan Jesus Dari Nazareth |
Observances | Dakwah agama, pemberian hadiah, perjumpaan keluarga, hiasan pokok |
Date | 25 Disember (Kristian Barat) 6 Januari (Gereja Hawariun Armenia) 7 Januari (kebanyakan Gereja Ortodoks Timur) |
Related to | Anunsiasi, Inkarnasi, Advent, Epifani, Solstis musim sejuk |
Sebahagian daripada siri tentang
|
---|
Yesus Kristus |
Yesus Kristus · Kelahiran · Penyaliban · Wafat · Kebangkitan |
Asas |
Gereja · Kerajaan · Pegangan · Perjanjian Baru |
Alkitab |
Wasiat Lama · Wasiat Baru · Injil · Kanun · Kitab · Apokrifa |
Teologi |
Tuhan (Bapa · Anak · Roh Kudus) · Apologetik · Katolikisme · Kristologi · Misi · Pembaptisan · Sejarah teologi · Penyelamatan · Tritunggal |
Sejarah dan tradisi |
Pengikut · Bunda Maria · Santo Petrus · Paulus si Hawari · Bapa Gereja · Awal · Konstantinus Agung · Persidangan · Thomas Aquinas · Perpecahan Timur-Barat · Perang Salib · Reformasi Protestan |
Tajuk umum |
Agama lain · Kesarwabangsaan · Kesenian · Khutbah · Kritikan · Liturgi · Muzik · Simbolik · Sembahyang · Tahun gereja |
Denominasi dan gerakan |
Adventisme · Anabaptis · Anglikan · Baptis · Calvinisme · Evangelikalisme · Kesucian · Katolik Bebas · Luteran · Metodis · Katolik Lama · Roman Katolik · Protestan · Pentekosta
|
Portal Kristian |
Hari Krismas (Jawi: هاري کريسمس ) atau Hari Natal (Jawi: هاري ناتل ) ialah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian disambut setiap tahun memperingati kelahiran Yesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh Maria di Yerusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Yesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa dilakukan Adam yakni "dosa asal" (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan banyak aliran dan mazhab gereja setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain termasuk aliran tertentu di negara Mesir, Habsyah , Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan pengikutan sistem takwim yang berlainan (takwim Julius berbanding takwim Gregorius).
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Yesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.
Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.