Kristian


Kristian atau Nasrani[note 1] adalah agama pecahan dari Agama Ibrahimik serta Monotheisme. Kristian merupakan agama terbesar di dunia yang paling ramai dianuti oleh manusia dan diikuti oleh agama Islam tempat agama kedua terbesar.[1] Kristian dipercayai mengikuti ajaran daripada Yesus Kristus (atau Nabi Isa) yang dikatakan sebagai anak tuhan atau jelmaan tuhan. Kitab suci bagi agama Kristian disebut sebagai Bible atau Alktiab yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian lama adalah berdasarkan kitab suci Yahudi yang disebut Tanakh manakala Perjanjian Baru berdasarkan Gospel yang diolah mengikut kesesuaian.

Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah dibaptis),

Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),

Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahweh. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahweh Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahweh sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ Zoll, Rachel (19 Desember 2011). "Study: Christian population shifts from Europe". Associated Press. Dicapai pada 25 Februari 2012. Check date values in: |date= (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne