Mahkamah rayuan atau mahkamah peringkat kedua adalah mana-mana mahkamah yang diberi kuasa untuk mendengar kes-kes rayuan daripada mahkamah perbicaraan atau tribunal lain yang lebih rendah. Dalam sistem mahkamah tertentu di kebanyakan negara, mahkamah agung merupakan mahkamah rayuan yang tertinggi.[1] Mahkamah rayuan boleh berjalan di bawah peraturan yang berbeza-beza.[2]
Kewibawaan mahkamah rayuan untuk menyemak keputusan mahkamah-mahkamah yang lebih rendah adalah berbeza secara meluas dari satu bidang kuasa ke bidang kuasa yang lain. Di sesetengah kawasan, mahkamah rayuan memiliki kuasa semakan yang terhad. Secara umumnya, keputusan penghakiman mahkamah rayuan menyediakan arahan yang muktamad mengenai perkara-perkara yang dirayu, menetapkan dengan khusus penentuan mahkamah bahawa tindakan yang dirayu harus disahkan, diundurkan, direman atau diubah.[3]
Generally speaking, an appellate court's judgment provides “the final directive of the appeals courts as to the matter appealed, setting out with specificity the court's determination that the action appealed from should be affirmed, reversed, remanded or modified.” Jeffrey S. Mandel, New Jersey Appellate Practice § 28:2 at 568 (2012).