Khmer Kemboja | |
---|---|
![]() Âkkhârôkrâm Khmêr ("Aksara Khmer") ditulis dalam aksara Khmer | |
Jenis tulisan | |
Tempoh masa | c. 611 – kini[1] |
Arah tulisan | Left-to-right ![]() |
Bahasa-bahasa | |
Tulisan berkaitan | |
Sistem tulisan induk | Abjad Proto-Sinai[a] |
Sistem tulisan turunan | Sukhothai, Khom Thai, Lai Tay |
Sistem tulisan kerabat | Mon Kuno, Cham, Kawi, Grantha, Tamil |
ISO 15924 | |
ISO 15924 | Khmr (), Templat:ISO 15924 name |
Unikod | |
Alias Unikod | Khmer |
| |
[a] Tidak dipersetujui umum bahawa rumpun tulisan Brahmik berakar umbi dari tulisan Semitik. | |
Aksara-aksara Brahma |
---|
Aksara Brahma dan turunannya |
Aksara Khmer (Khmer: អក្សរខ្មែរ, Âksâr Khmêr [ʔaksɑː kʰmae])[2] merupakan sebuah sistem tulisan abugida yang digunakan untuk menulis bahasa Khmer, iaitu bahasa rasmi negara Kemboja. Ia juga digunakan untuk menulis bahasa Pali dalam keupacaraan agama Buddha di Kemboja dan Thailand.
Aksara Khmer ditulis dari kiri ke kanan. Perkataan dalam ayat atau frasa yang sama biasanya ditulis secara bersambungan tanpa jarak. Sebarang gugusan konsonan dieja secara "bertindan", iaitu konsonan kedua (dan kadang-kadang yang ketiga) ditulis dalam bentuk terkecil di bawah konsonan utama. Pada asalnya terdapat 35 aksara konsonan, tetapi bahasa Khmer moden hanya menggunakan 33 aksara. Setiap aksara mewakili bunyi konsonan bersama satu "vokal tersirat", iaitu â atau ô; lazimnya, jika tiada tanda vokal lain, maka vokal tersirat hendaklah disebut selepas konsonan.
Biarpun terdapat beberapa aksara vokal bebas, namun bunyi vokal lebih kerap ditulis sebagai vokal bersandar (umpama sandhangan dalam aksara Jawa), iaitu tanda tambahan yang mengiringi watak konsonan dan menandakan bunyi vokal yang perlu disebut selepas konsonan (atau gugusan konsonan) berkenaan. Kebanyakan vokal bersandar mempunyai dua sebutan yang berbeza, lazimnya bergantung pada vokal inheren konsonan yang ditambahkan. Juga digunakan beberapa tanda diakritik untuk menandakan pindaan sebutan yang lanjutan. Tulisan Khmer juga mempunyai angka dan tanda bacanya sendiri.