![]() | Laman ini merupakan sebuah laman maklumat yang menerangkan sepersetujuan komuniti para penyunting di sini bagi beberapa aspek tertentu tentang pengendalian Wikipedia. Laman ini BUKAN laman polisi atau garis panduan dan bertujuan untuk menerangkan amalan atau polisi lain Wikipedia. Sila rujuk polisi atau garis panduan yang berkaitan jika terdapat percanggahan antara laman ini dengan laman polisi atau garis panduan. |
Kawalan kewibawaan merupakan suatu kaedah untuk memberikan pengenal pasti (atau pengecam) unik bagi setiap topik. Suatu subjek itu mungkin mempunyai nama yang sama tetapi merujuk kepada topik yang berbeza seperti Siti Nurhaliza (penghibur) dan Siti Nurhaliza (album 1996) atau Siti Nurhaliza (album 1997), atau mempunyai nama yang berbeza tetapi merujuk kepada topik yang sama seperti Mark Twain dan Samuel Langhorne Clemens.
Templat {{Kawalan kewibawaan}} menghubungkan rencana Wikipedia (dan laman pengguna) dengan masukan yang sepadan di katalog-katalog perpustakaan dan fail-fail kewibawaan yang lain di seluruh dunia. Masukan ini biasanya dipadankan kepada orang, tajuk buku dan masukan serupa yang jelas, dan disimpan di Wikidata.