1Malaysia Development Berhad

1Malaysia Development Berhad
Nama dahuluTerengganu Investment Fund
Jenis/bentuk sahSyarikat Berhad
IndustriPelaburan strategik
Ditubuhkan25 Jun 2009 (2009-06-25)
Ibu pejabatMenara IMC, No 8 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingAsri Hamidon (Pengerusi)
HasilTidak-termasuk
PemilikKementerian Kewangan Malaysia
Tapak webwww.1mdb.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

1Malaysia Development Berhad (juga dikenali sebagai 1MDB) merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Sehingga April 2015, 1MDB telah dipalit dengan pelbagai kontroversi yang memberikan imej negetif kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepada Perdana Menterinya, Najib Razak.

Pada 28 Julai 2020, Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). Keputusan adalah sabitan pertama Najib yang berdepan puluhan pertuduhan lain dalam skandal 1MDB.[1] Antara kes lain yang sedang dibicarakan ialah berkaitan pertuduhan salah guna kuasa dana 1MDB bernilai RM2.28 bilion, meminda laporan audit 1MDB dan pengubahan wang haram sebanyak RM27 juta milik SRC. Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib bagi kesalahan itu.[2]

Pada 23 Ogos 2022, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.[3][4]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne