Al-Andalus

Koordinat: 41°31′N 2°49′W / 41.517°N 2.817°W / 41.517; -2.817

Al Andalus juga merujuk kepada suatu daerah di Kuwait.
Taman Islam di Granada, Al-Andalus

Al-Andalus (Arab: الأندلس; Sepanyol: Al-Ándalus; Portugis: Al-Andalus; Catalan: Al-Àndalus), atau juga dikenali sebagai Iberia Moor, merupakan sebuah negeri Islam pada Zaman Pertengahan yang merangkumi beberapa wilayah negeri-negeri Sepanyol, Portugal dan Perancis masa kini. Secara amnya nama "Al-Andalus" menggambarkan bahagian-bahagian Semenanjung Iberia dan Septimania yang diperintah orang Islam (dikenali dengan nama generik Moor) di antara tahun 711 dan 1492 CE, walaupun sempadannya sentiasa berubah akibat peperangan dengan negeri-negeri Kristian.[1][2][3]

Al-Andalus dibahagikan kepada lima unit pentadbiran berikutan penaklukan Hispania oleh Kekhalifahan Umayyah yang lebih kurang setanding dengan Andalusia, Galicia and Portugal, Castilla dan Leon, Aragon dan Catalonia, dan Septimania.[4] Sebagai domain politik, ia berturutan menjadi wilayah Kekhalifahan Umayyah, diasaskan oleh Khalifah Al-Walid I (711–750); Amiriah Cordoba (c. 750–929); Pemerintahan Kekhalifahan Cordoba (929–1031); dan kerajaan-kerajaan taifa (pengganti) Kekhalifahan Cordoba. Pemerintahan di bawah kerajaan-kerajaan ini menyaksikan peningkatan pertukaran budaya dan kerjasama di antara orang Islam dan Kristian. Di bawah pimpinan Kekhalifahan Cordoba, Al-Andalus menjadi pusat pendidikan, dan bandar Cordoba menjadi satu daripada pusat budaya dan ekonomi termaju dalam dunia Islam dan Lembangan Mediterranean.

Dalam kurun-kurun berikutnya, Al-Andalus menjadi wilayah dinasti Islam Berber Al-Murabitun (Almoravid) dan Al-Muwahhidun (Almohad), dan kemudiannya berpecah kepada beberapa negeri-negeri kecil, yang termasyhur di antaranya Amiriah Granada. Selepas membantu mematahkan serangan Alfonso VI ke atas wilayah itu, pihak Al-Murabitun, dengan sokongan penduduk tempatan, berjaya menjatuhkan raja-raja Islam taifa lain. Dikatakan pertukaran budaya dan sosial (dengan pihak Kristian) merosot di bawah pemerintahan Al-Murabitun dan Al-Muwahhidun.

Dalam sebahagian besar tempoh kewujudannya, Al-Andalus bersengketa dengan kerajaan-kerajaan Kristian di utaranya yang pada akhirnya berjaya mengalahkan jiran Muslim mereka. Dalam tahun 1085, Alfonso VI dari Leon dan Castilla menawan Toledo, satu peristiwa yang menjadi detik permulaan kemerosotan pemerintahan Islam sehinggalah dengan kejatuhan Cordoba pada tahun 1236, Amiriah Granada menjadi wilayah tunggal Islam di dalam apa yang disebut sebagai Sepanyol. Reconquista Portugis berakhir dengan penaklukan Algarve oleh Afonso III dalam tahun 1249. Pada tahun 1238, Amiriah Granada dengan rasminya menjadi negeri ufti atau negeri vasal kepada mahkota [[Castilla|Kerajaan Castilla], yang pada masa itu diperintah Ferdinand III. Akhirnya pada Januari 2, 1492, Amir Muhammad XII menyerahkan Amiriah Granada kepada Ratu Isabella, yang bersama-sama suaminya Ferdinand II dikenali sebagai "Raja-raja Katolik." Penyerahan kalah ini mengakhiri kewujudan Al-Andalus sebagai satu entiti politik kendatipun beberapa aspek pemerintahan Islam masih terdapat di wilayah tersebut.

  1. ^ José Ángel García de Cortázar (1995). "V Semana de Estudios Medievales: Nájera, 1 al 5 de agosto de 1994". Gobierno de La Rioja: Instituto de Estudios Riojanos: 52. Para los autores árabes medievales, el término Al-Andalus designa la totalidad de las zonas conquistadas — siquiera temporalmente — por tropas arabo-musulmanas en territorios actualmente pertenecientes a Portugal, España y Francia ("Untuk para penulis Arab, al-Andalus meragkumi kesemua kawasan yang ditakluki oleh tentera Arab-Muslim — termasuk yang sementara — yang kini dimiliki Portugal, Sepanyol dan Perancis.") Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ Eloy Benito Ruano (2000). Tópicos y realidades de la Edad Media. Real Academia de la Historia. m/s. 79. Los arabes y musulmanes de la Edad Media aplicaron el nombre de Al-andalus a todas aquellas tierras que habian formado parte del reino visigodo : la Peninsula Ibérica y la Septimania ultrapirenaica." ("Orang Arab dan Muslim zaman Pertengahan menggunakan nama al-Andalus untuk merujuk kepada kesemua tanah yang dahulunya sebahagian daripada kerajaan Visigoth: Semenanjung Iberia dan Septimania..
  3. ^ John L. Esposito, Ed. (2003). "Andalus, al-". Oxford Dictionary of Islam. Oxford University Press – melalui Oxford Reference Online. |access-date= requires |url= (bantuan)
  4. ^ Joseph F. O'Callaghan, A History of Medieval Spain, Cornell University Press, 1983, p.142

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne