Al-Quran

Al-Quran (Arab: القُرْآن, rumi: al-Qur'ān "mengkaji" terbitan kata kerja قَرَأَqara'a "mengkaji"[1]) atau Quran ialah kitab suci yang paling utama bagi umat Islam yang diimani sebagai wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril. Kitab ini terbahagi kepada 114 bab atau "surah" (jamak.: سور suwar, mufrad.: سورة sūrah) yang terdiri daripada ayat-ayat (jamak.: آيات ʾāyāt, mufrad.: آية ʾāyah). Selain sebagai kitab suci paling utama bagi umat Islam, kitab al-Quran juga diiktiraf sebagai teks kesusasteraan paling disanjung ketulenan bahasa dan gaya penulisannya dalam bidang kesusateraan Bahasa Arab dan sangat berpengaruh dalam membentuk pertumbuhan bidang tersebut.

Umat Islam percaya bahawa Quran merupakan wahyu yang disampaikan secara lisan dari Allah kepada Utusan-Nya atau Nabi-Nya yang terakhir, Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat-Nya, Jibril. Proses penurunan wahyu ini berlaku secara beransur-ansur selama 23 tahun, bermula pada bulan Ramadan pada satu malam yang dirujuk sebagai Malam Al-Qadr, ketika Nabi Muhammad S.A.W berusia 40 tahun dan mula dilantik menjadi Nabi dan Utusan kepada seluruh manusia. Penurunan wahyu ini berakhir pada tahun 632 Masihi, Peristiwa penurunan Quran pada Lailatul Qadar diterangkan dengan jelas pada Surah ke-97, Surah Al-Qadr:

"Sesungguhnya Kami menurunkan-Nya (Al-Quran) pada Malam Al-Qadr;

Tahukah kamu apakah itu Malam Al-Qadr ?;

Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu malam;

(Malam itu) turunlah para malaikat dan Ar-Ruuh (Malaikat Jibril) dengan izin tuhan mereka;

Sejahteralah mereka sehingga terbit fajar paginya."

(Al-Qadr, 97:1-5)

Umat Islam juga percaya bahawa Quran merupakan mukjizat paling utama yang dikurniakan kepada baginda dan dianggap sebagai penutup siri risalah yang dikurniakan oleh Nabi-Nabi dan para Utusan Allah sebelum baginda bermula dari Nabi Adam, termasuklah Zabur, Taurat dan Injil. Perkataan Quran disebut lebih kurang 70 kali di sepanjang isi kandungannya dan terdapat juga berbagai nama yang disebut yang mana turut merujuk kepada Quran itu sendiri

Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas. Dari segi aqidah pula, al-Quran secara asasnya mempunyai 2 maksud iaitu Kalam Lafzhi dan Kalam Nafsi. Kalam Lafzhi ialah Kalam yang merujuk kepada pembacaan al-Quran seharian yang berhuruf, yang bersuara yang diciptakan di Luh Mahfuzh oleh Allah SWT. Manakala, Kalam Nafsi pula merujuk sifat Kalam yang terdapat pada dzat Allah SWT Yang Maha Sempurna.

Pemikiran dan amalan berdasarkan Al-Quran bermasalah dari segi hak asasi manusia, kesaksamaan gender dan kebebasan individu.[2] [3][4] [5][6][7][8][9][10][11][12][13] Ahli teologi epistemologi seperti Mustafa Öztürk dan Fazlur Rahman Malik, yang mempunyai pemahaman historisis, menyatakan dan juga mengatakan bahawa banyak ketentuan dan ungkapan dalam Al-Quran adalah ungkapan (sejarah) yang mencerminkan pemahaman tentang masa di mana ia ditulis, dan bahawa Al-Quran peruntukan seperti harta rampasan, perbudakan, perkahwinan, hukuman, yang tidak mematuhi nilai moral sejagat, tidak mengikat hari ini. Mereka menyatakan pendapat bahawa peruntukan ini harus ditinggalkan dengan syarat bahawa sifat ketuhanan Al-Quran tidak disentuh.[14]

Al-Quran - kitab suci umat Islam
  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 292. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ https://www.iusinitinere.it/clash-between-sharia-law-and-human-rights-in-light-of-pace-resolution-2253-23827
  3. ^ http://www.etc-graz.eu/wp-content/uploads/2020/08/insan_haklar__305_n__305__anlamak_kitap_bask__305_ya_ISBNli_____kapakli.pdf
  4. ^ https://www.gedik.edu.tr/wp-content/uploads/insan-haklari-ve-demokrasi-ders-notu.pdf
  5. ^ https://web.archive.org/web/20150403134008/https://www.suleymaniyevakfi.org/kutsanan-gelenek-ve-kuran/kurana-ve-gelenege-gore-dinden-donmenin-cezasi.html
  6. ^ http://www.ismailaga.info/yazi/2012/03/30/dinde-zorlama-yoktur-ne-demektir-islamda-zorlama-yok-mudur.
  7. ^ Necati Yeniel, Hüseyin Kayapınar, Sünen-i Ebu Davud Terceme ve şerhi c. 2, s. 112
  8. ^ http://www.fetvameclisi.com/fetva-namaz-kilmayanin-cezasi-21734.html
  9. ^ https://dspace.ankara.edu.tr/xmlui/bitstream/handle/20.500.12575/28046/1995.pdf?sequence=1&isAllowed=y
  10. ^ https://sorularlaislamiyet.com/cariye-ne-demektir-ve-cariyeler-ile-cinsel-iliski-gunah-midir-0
  11. ^ http://dergiler.ankara.edu.tr/dergiler/38/281/2556.pdf
  12. ^ http://tez.sdu.edu.tr/Tezler/TS02507.pdf
  13. ^ https://yeditepe.edu.tr/sites/default/files/hukuk_dergi/II-2.pdf
  14. ^ https://web.archive.org/web/20150402144807/http://www.haberci28.com/tr/yazigor.aspx?yazid=585

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne