Allah

Kata "Allah" dalam kaligrafi

Allah (/ˈælə, ˈɑːlə, əˈlɑː/;[1][2] Arab: الله, rumi: Allāh, IPA: [ʔaɫ.ɫaːh]  ( dengar)) adalah perkataan umum dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan yang satu. Perkataan "Allah" telah digunakan oleh masyarakat kafir yang berlainan agama sejak zaman pra-Islam.[3]Lebih khusus lagi, ia telah digunakan sebagai istilah untuk Tuhan oleh orang yang beragama Islam (sama ada Arab dan bukan) dan Kristian Arab.[4]

Perkataan Allah berasal daripada gabungan Al ilah Ilah bererti Tuhan maka Al dengan Ilah hasilkan perkataan Allah bermaksud Tuhan yang satu. Kata Allah adalah kata ganti nama khas yang khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Esa, yang telah mencipta, mentadbir dan memiliki alam semesta ini beserta isinya. Kata Allah banyak dikenalkan didalam ajaran Islam, namun masyarakat Arab Kristian dan Arab Yahudi juga menggunakannya. Bagaimanapun kini, masyarakat Arab Kristian cuba menjauhkan penggunaan perkataan Allah dalam kitab suci mereka.[5]

Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilaah) memberi erti Tuhan. Bagaimanapun terdapat pendapat yang berbeza dengan menekankan bahawa perkataan "Allah" itu kata khusus dan bukan terbentuk dari "al" dan "ilaah". Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu ialah Tuhan yang Esa.

Mengikut kepercayaan Islam, Allah ialah Tuhan yang satu, yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama yang disembah oleh pengikut Yahudi, Nasrani dan seluruh umat manusia sebelum kedatangan Nabi Muhammad. Islam menolak Tritunggal Tuhan di dalam rupa bentuk manusia atau sesuatu apa jua pun.

  1. ^ "Allah". Random House Webster's Unabridged Dictionary.
  2. ^ "Allah". Oxford Learner's Dictionaries.
  3. ^ Christian Julien Robin (2012). Arabia and Ethiopia. In The Oxford Handbook of Late Antiquity. OUP USA. m/s. 304–305. ISBN 9780195336931.
  4. ^ Merriam-Webster. "Allah". Merriam-Webster. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2014. Dicapai pada 25 February 2012.
  5. ^ Self Defeating Exercises to the Extremists

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne