Anders Behring Breivik

Anders Behring Breivik (ˈɑndəʂ ˈbeːrɪŋ ˈbræjviːk; lahir 13 Februari 1979) merupakan warganegara Norway yang mengaku melakukan serangan Norway 2011 pada 22 Julai 2011, menyebabkan 77 orang terbunuh dan 242 cedera. Pada mulanya beliau mengebom bangunan kerajaan di Oslo. di mana lapan orang maut, dan selepas itu menyerang sebuah kem Parti Buruh di pulau Utøya, di mana beliau menembak mati 69 remaja.[1] Beliau disabitkan kesalahan pembunuhan beramai-ramai, menyebabkan letupan maut dan pengganasan pada Ogos 2012.[2][3]

Breivik mempunyai ideologi militan[4] berdasarkan manifesto dalam talian yang diterbitkannya di Internet bertajuk 2083: Deklarasi Kemerdekaan Eropah.[5] Manifesto itu disiarkan pada hari serangan dengan nama samaran Inggeris 'Andrew Berwick'. Dia seorang ultranationalis dan pandangan dunianya xenofobik. Pendiriannya sangat anti-Islam, menyokong Zionisme[4] dan kumpulan kanan jauh atau separa tentera seperti Škorpioni Serbia.[6] Dia mahu melaksanakan penghapusan keganasan Islam, menghapuskan budaya Marxisme, menentang faham pelbagai budaya dan memelihara Kristian Eropah.[7]

Breivik mengaku telah melakukan serangan kejam itu tetapi menganggapnya sebagai perlu bagi memasarkan manifestonya.[8] Beliau menafikan telah melanggar undang-undang. Mulanya polis percaya dia bertindakan berseorangan dan tiada rakan sejenayah.Namun Breivik mendakwa mempunyai hubungan dengan pergerakan kanan Norway, rangkaian antarabangsa anti-Islam dan dua sel di Norway dan banyak lagi di lokasi lain. Polis meragui dakwaan itu tetapi sedang menyiasat.[9]

Pada 25 Julai 2011, Breivik didakwa "memusnahkan fungsi asas masyarakat" dan "menimbulkan ketakutan serius penduduk", kedua-duanya tindakan keganasan di bawah undang-undang Norway.[10] Dia ditahan selama 8 minggu sementara menunggu perbicaraan, dengan 4 minggu pertama dalam kurungan bersendirian.[9] Perbicaraan bermula pada 16 April 2012, dan hujah penutup berlangsung pada 22 Jun.[11] Pada 24 Ogos, Mahkamah Daerah Oslo mendapati Breivik siuman dan bersalah membunuh 77 orang. Dia dijatuhkan hukuman tahanan pencegahan, dengan tempoh 21 tahun dan minimum 10 tahun, dengan kemungkinan disambung selagi dia dianggap berbahaya kepada masyarakat; media menyatakan kemungkinan dia akan kekal dalam penjara seumur hidupnya.[12] Ini ialah hukuman maksimum di Norway.[13]

  1. ^ Adrian Pracon (1 Jun 2012). "Utøya, a survivor's story: 'No!' I yelled. 'Don't shoot!' ". guardian.co.uk. Dicapai pada 24 Ogos 2012.
  2. ^ The verdict convicts Breivik for violations of the criminal code §147 (terrorism), §148 (fatal explosion), and §233 (murder).
  3. ^ Mass killer Anders Breivik sentencing - live text coverage RAPSInews.com. 24 Ogos 2012
  4. ^ a b 'Norway attack suspect had anti-Muslim, pro-Israel views'. Ben Hartman, The Jerusalem Post, 24 Julai 2011
  5. ^ Bjoern Amland dan Sarah Dilorenzo (24 Julai 2011). "Lawyer: Norway suspect wanted a revolution". Yahoo! News. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 21 April 2012.
  6. ^ Balkan Insight (25 Julai 2011). "NATO Attack On Serbia Set Off Norwegian Bomber". Eurasiareview.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-05. Dicapai pada 21 Ogos 2011.
  7. ^ Jack Buehrer (27 Julai 2011). "Oslo terrorist sought guns in Prague". The Prague Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-28. Dicapai pada 2012-08-29.
  8. ^ "Norway Shooting Suspect Breivik Is Ordered Into Isolation for Four Weeks". Bloomberg. 25 Julai 2011. Dicapai pada 27 Disember 2011. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  9. ^ a b Steven Erlanger dan Alan Cowell (25 Julai 2011). "Norway suspect hints that he did not act alone". The New York Times.
  10. ^ "Ruling on holding Anders Behring Breivik in custody" (PDF). Oslo District Court. 25 Julai 2011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-04-27. Dicapai pada 2 Disember 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "Rettssaken – Aktoratets prosedyre" (dalam bahasa Norway). Norwegian Broadcasting Corporation. 22 Jun 2012. Dicapai pada 22 Jun 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  12. ^ En modig dom, NRK.no, 24 Ogos 2012
  13. ^ BBC News. "Anders Behring Breivik: Norway court rules him sane". BBC News. Dicapai pada 24 Ogos 2012.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne