Arabes

Corak Arabes yang terdapat di Alhambra

Arabes adalah motif artistik berdasarkan penerapan pengulangan corak-corak bentuk geometri dan pola kombinasi yang pelbagai; bentuk-bentuk ini sering mengunakan tema tanaman (flora) dan kadang- kadang juga bertemakan haiwan (fauna).[1] Arabes adalah, seperti mana dibayangkan dalam namanya, unsur-unsur kesenian Islam yang sering ditemui menghiasi dinding masjid. Pilihan bentuk-bentuk geometri yang harus digunakan dan bagaimana mereka harus diformat didasarkan pada pandangan Islam terhadap dunia. Bagi Muslim, bentuk-bentuk ini, diambil bersama-sama, merupakan pola yang tak terhingga yang melampaui dunia lahiriah yang terlihat. Untuk kebanyakkan orang di dunia Islam, mereka dengan konkrit melambangkan yang tak terbatas, dan kerana itu ia tidak berpusat atau mempunyai punca sekaligus melambangkan sifat penciptaan Tuhan (Allah). Kini, terdapat juga artis mengunakan unsur-unsur Islam untuk menyampaikan semangat kerohanian yang tertentu tanpa ikonografi daripada seni Kristian.

Kesalahan dalam pengulangan mungkin sengaja diperkenalkan sebagai menunjukkan kerendahan hati oleh seniman yang percaya bahawa hanya Allah yang boleh menghasilkan kesempurnaan, walaupun teori ini masih diperdebatkan.[2][3][4]

  1. ^ Arabesque di Dictionary.com
  2. ^ Thompson, Muhammad. "Islamic Textile Art: Anomalies in Kilims". Salon du Tapis d'Orient. TurkoTek. Dicapai pada 25 Ogos 2009. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ Alexenberg, Melvin L. (2006). The future of art in a digital age: from Hellenistic to Hebraic consciousness. Intellect Ltd. m/s. 55. ISBN 1841501360.
  4. ^ Backhouse, Tim. ""Only God is Perfect"". Islamic and Geometric Art. Dicapai pada 25 Ogos 2009.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne