Azab Kubur

Azab Kubur (Arab: عذاب القبر ʿAdhāb al-Qabr) adalah satu konsep Islam bagi tempoh selepas kematian tetapi sebelum Hari Kiamat, apabila roh-roh yang tidak bersaksi dengan kesaksian yang benar akan dihukum dan diseksa dalam kubur.

Dalam sistem kepercayaan Islam, selepas mati roh seseorang melalui suatu peringkat digelar barzakh, di mana ia wujud dalam kubur (walaupun jika mayat orang itu telah dimusnahkan, rohnya akan rehat di bumi berhampiran tempat kematian mereka).[1] Apabila pengebumian tamat dan orang terakhir di upacara itu telah melangkah 70 langkah dari kubur, Malaikat Munkar dan Nakir akan menegakkan mayat dalam kubur dan menanyakan tiga soalan: "Siapakah Tuhanmu? Siapakah nabimu? Apa agamamu?". Seseorang yang soleh akan menjawab secara betul, mengatakan bahawa Tuhan mereka ialah Allah, bahawa Muhammad adalah Nabi mereka dan agama mereka adalah Islam. Jika si mati menjawab soalan secara betul, masa menantikan kebangkitan semula adalah menyeronokkan. Mereka yang tidak menjawab seperti yang telah disebutkan akan menderita Azab Kubur hingga hari pengadilan.[2]

  1. ^ ""Life after death" di www.al-islam.edu.pk". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2010-11-17.
  2. ^ The Encyclopedia of Death and Dying, Entry: Islam

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne