Bahasa-bahasa Melayu

Bahasa-bahasa Melayu
Bahasa-bahasa Melayik
Taburan
geografi:
Asia Tenggara Maritim
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Bahasa-proto:Bahasa Melayu Purba
Pembahagian:
  • (dipertikaikan)
Glottolog:mala1538[1]
{{{mapalt}}}
Taburan bahasa-bahasa Melayu di Asia Tenggara Maritim:
  Subkumpulan bahasa-bahasa Iban dan bahasa-bahasa Dayak Melayu Barat (Kanayatn/Salako-Kendayan), juga dikenali himpunannya sebagai "bahasa-bahasa Dayak Melayik".
  Ragam Melayu lain; hubungan genetik masih tidak jelas.

Bahasa-bahasa Melayu, atau lebih dikenali sebagai bahasa-bahasa Melayik[2] dalam bidang linguistik, ialah satu cabang bahasa di bawah rumpun bahasa-bahasa Melayu-Polinesia dalam keluarga bahasa-bahasa Austronesia. Bahasa yang terkenal dalam keluarga ini ialah bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan di Brunei dan Singapura serta asas kepada bahasa Malaysia iaitu bentuk bahasa yang dibakukan bagi kegunaan peringkat kebangsaan Malaysia. Bahasa Indonesia iakni bahasa kebangsaan Indonesia dan bahasa yang popular dipelajari di Timor Leste.

Seorang gadis sedang bertutur dalam bahasa Indonesia di Belanda

Cabang bahasa-bahasa Melayu juga merangkumi bahasa tempatan yang dituturkan pelbagai sub-etnik Melayu (contohnya seperti bahasa Kutai, bahasa Melayu Kedah dan bahasa Melayu Basemah). Bahasa kerabat yang mempunyai hubungan terdekat dengan bahasa Melayu di Sumatera (seperti bahasa Minangkabau) dan Borneo (seperti bahasa Iban), antara calon kawasan yang paling berkemungkinan sebagai titik daripada pemisahan bahasa-bahasa Melayu ialah di bahagian Borneo barat.

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Malayic". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ Universiti Kebangsaan Malaysia (1997). "Bahagian 3". Journal of the Institute of Malay Language, Literature and Culture. 14: 49.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne