Kawasan penempatan Yunani Purba (2200/2100-1900 SM) yang dicadangkan oleh Katona (2000), Sakellariou (2016, 1980, 1975) dan Phylaktopoulos (1975)Pandangan tentang "kawasan Yunani Purba" pada alaf ke-3 SM, dibina semula oleh Vladimir I. Georgiev (1973 & 1981). Sempadan tersebut adalah berdasarkan kepadanan tinggi nama tempat Yunani Kuno di rantau ini berbeza dengan selatan Yunani yang mengekalkan banyak nama-nama pra-Yunani.[6][7] Konsensus moden ialah bahasa pra-Yunani-Purba dan bahasa IE lain berpecah daripada PIE hanya selepas 2500SM, dengan bahasa Yunani Purba terbentuk di kawasan Yunani Purba semasa zaman Helladik III Awal (s. 2200–2000 BC).[8]
Bahasa Yunani Purba (juga dikenali sebagai bahasa Hellenik Purba) ialah bahasa Indo-Eropah yang merupakan leluhur terakhir semua kelainan bahasa Yunani, termasuk bahasa Yunani Mikenai, dialek-dialek Yunani purba lanjutannya (yakni, dialek Attika, dialek Ionia, dialek Aeolis, dialek Doris, dialek Arkadosiprus, serta bahasa Makedonia Kuno —sama ada dialek atau bahasa Hellenik yang berkait rapat) dan akhirnya, bahasa Yunani Koine, bahasa Yunani Byzantium dan bahasa Yunani Moden (berserta segala kelainannya). Penutur bahasa Yunani Purba mencecah kawasan Yunani di antara 2200 dan 1900SM,[1][2][4] dengan percambahan bahasa menjadi kumpulan selatan dan kumpulan utara bermula kira-kira 1700SM.[5][9][10][11][12][13]
^A comprehensive overview is in J. T. Hooker's Mycenaean Greece (Hooker 1976); for a different hypothesis excluding massive migrations and favoring an autochthonous scenario, see Colin Renfrew's "Problems in the General Correlation of Archaeological and Linguistic Strata in Prehistoric Greece: The Model of Autochthonous Origin" (Renfrew 1973) in Bronze Age Migrations by R. A. Crossland and A. Birchall, eds. (1973).