Bamar

Bamar
Kawasan ramai penduduk
Myanmar
Bahasa
Burma
Agama
Agama Buddha Theravada
Kumpulan etnik berkaitan
Yi, Nakhi, Tibet dan pertalian kecil dengan orang Bodo dan Karen
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "poptime" yang tidak diketahui

Orang Bamar (ဗမာလူမျိုး, MLCTS: ba. ma lu. myui:; IPA: [bəmàː]), merupakan kelompok etnik terbesar di Myanmar, merangkumi kira-kira 68% (30 juta) daripada seluruh populasi. Namun, terdapat spekulasi bahawa kerajaan telah menokok tambah sedikit jumlah ini. Lebih-lebih lagi, sudah lebih seabad berlalu sejak kali terakhir diadakannya banci yang boleh dipercayai, dan perangkaan kini berdasarkan anggaran. Orang Bamar biasanya berambut hitam lurus, dan berkulit ton gelap (namun kahwin campur membolehkan keplrbagaian ton kulit).

Orang Bamar sering dipanggil orang Burma, tetapi istilah ini agak samar ertinya kerana boleh termasuk warga Myanmar yang tergolong dalam kumpulan etnik yang lain (Karen, Shan, Kachin, Mon, dsb.) Junta tentera menggunakan istilah "Myanmar" untuk menyifatkan mana-mana warga Myanmar daripada semua latar etnik.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne