Bangsa Uyghur

Uyghur
ئۇيغۇر
Jumlah penduduk
Sekitar 10 juta [1]
Kawasan ramai penduduk
Republik Rakyat China Xinjiang
Pakistan Pakistan
Kazakhstan Kazakhstan
Kyrgyzstan Kyrgyzstan
Uzbekistan Uzbekistan
Mongolia Mongolia
Turki Turki
Rusia Rusia
Bahasa
Uyghur, Mandarin
Agama
Sunni[2]
Kumpulan etnik berkaitan
Other Etnik bangsa Turkik
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "image_capiton" yang tidak diketahui
Orang-orang Uighur di sebuah pasar di Hotan, Xinjiang.

Bangsa Uyghur, atau Uygur, Uigur, Uyghur (Uyghur: ئۇيغۇر; Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: Wéiwú'ěr), merupakan sebuah etnik minoriti rasmi di Republik Rakyat China. Suku ini merupakan keturunan dari suku kuno Huihe yang tersebar di Asia Tengah, menuturkan bahasa Uyghur dan memeluk agama Islam.

Bangsa Uyghur bersama kaum Hui menjadi kaum utama pemeluk agama Islam di China. Namun, ada perbezaan budaya dan gaya hidup yang ketara di antara kedua-dua etnik minoriti ini. Bangsa Uyghur lebih menjurus kepada kehidupan Asia Tengah, manakala Orang Hui lebih condong mengamal budaya Konfusianis oriental.

Bangsa Uyghur banyak terdapat di Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang. Manakala, di Wilayah Hunan, merupakan kawasan yang paling tinggi dihuni oleh orang Uyghur di China. Komuniti Uyghur boleh didapati dinegara-negara seperti di Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. Juga, bangsa Uyghur ini menghuni dikawasan Asia Selatan, iaitu di Afghanistan dan Pakistan. Selain itu, bangsa ini menghuni di Turki.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne