Bilateria

Bilateria
Julat zaman: EdiakaranKini,
Diversity of bilaterians.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Subalam: Eumetazoa
Klad: ParaHoxozoa
Klad: Bilateria
Hatschek, 1888
Phyla
Sinonim

Triploblasts Lankester, 1873

Bilateria merupakan kumpulan haiwan yang mempunyai simetri dua sisi (bilateral) ketika di peringkat embrio (iaitu mempunyai sisi kiri dan kanan yang mirip dengan satu sama lain). Ini juga bermakna ia mempunyai kepala dan ekor (paksi anterior-posterior), serta perut dan belakang (paksi ventral-dorsal).[2] Hampir kesemuanya juga bersimetri dua sisi dalam bentuk dewasa; antara yang terkecuali ialah ekinoderma yang mencapai simetri pentaradial sekunder apabila dewasa, tetapi bersimetri dua hala sewaktu embrio.

Majoriti jenis haiwan yang ada adalah bilateria, tidak termasuk span, ctenofora, plakozoa dan cnidaria. Kebanyakan embrio dua sisi bersifat triploblastik atau mempunyai tiga lapisan germa, iaitu endoderma, mesoderma, dan ektoderma. Kebanyakan bilateria mempunyai saluran pencernaan yang lengkap dengan mulut dan dubur yang berasingan kecuali sebilangan kecil filum seperti cacing pipih dan Gnathostomulida. Malah sebilangan kecil jenis bilateria langsung tiada rongga badan (misalnya Platyhelminthes, Gastrotricha dan Gnathostomulida), manakala yang selebihnya mempunyai rongga badan primer (berasal daripada blastosel, sebagai pseudoselom) atau rongga sekunder (yang muncul secara de novo, contohnya selom).

  1. ^ Martin, M. W.; Grazhdankin, D. V.; Bowring, S. A.; Evans, D. A.; Fedonkin, M. A.; Kirschvink, J. L. (5 May 2000). "Age of Neoproterozoic bilatarian [sic] body and trace fossils, White Sea, Russia: implications for metazoan evolution". Science. 288 (5467): 841–45. Bibcode:2000Sci...288..841M. doi:10.1126/science.288.5467.841. PMID 10797002. S2CID 1019572.
  2. ^ Brusca, Richard C. (2016). "Introduction to the Bilateria and the Phylum Xenacoelomorpha: Triploblasty and Bilateral Symmetry Provide New Avenues for Animal Radiation" (PDF). Invertebrates. Sinauer Associates. m/s. 345–372. ISBN 978-1-60535-375-3.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne