Budu

Budu
Budu Cap Ketereh merupakan jenama budu yang paling popular dan laris dijual.
JenisPerasa
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauKelantan (Asal), Terengganu dan Selatan Thailand
Dicipta olehMelayu
Bahan utamaIkan bilis
Maklumat lainCencalok
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Budu (Jawi: بودو) ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang popular di Malaysia yang berasal dari Kelantan. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.[1] Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis serta tempoyak.

  1. ^ "MICROBIOLOGICAL CHARACTERISTICS OF BUDU, AN INDIGENOUS FERMENTED FISH SAUCE OF MALAYSIA, 1Sim, K.Y., 2Chye F.Y. and 1Anton A 1Biotechnology Research Institute, 2 School of Food Science & Nutrition, Universiti Malaysia Sabah" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-17. Dicapai pada 2014-05-15.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne