Delhi

Delhi
—  Ibu negara  —
Ikut arah jam dari atas: Kuil Teratai, Makam Humayun, Connaught Place, Kuil Akshardham, dan India Gate.
Delhi
Lokasi Delhi
di Delhi NCT
Koordinat 28°36′36″N 77°13′48″E / 28.61000°N 77.23000°E / 28.61000; 77.23000Koordinat: 28°36′36″N 77°13′48″E / 28.61000°N 77.23000°E / 28.61000; 77.23000
Negara  India
Negeri Delhi NCT
Tarikh ditubuhkan 1 November 1958
Ketua Menteri Sheila Dikshit
Perundangan (kerusi) Ekadewan (70)
Penduduk

Kepadatan
Metro

12,565,901[1] (#2) (2010)

11,463/km2 (29,689/sq mi)
18,916,890[2] (#2) (2010)

Bahasa rasmi Hindi, Punjabi, Urdu
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan

Aras tinggi

1483 km2 (573 sq mi)

239 m (784 kaki)[3]

Kod
Laman web delhigovt.nic.in

Delhi, (Hindi: दिल्ली, Bahasa Panjabi: ਦਿੱਲੀ, Urdu: دِلّیdillī; nama rasmi: Wilayah Ibu Negara Delhi (National Capital Territory of Delhi, NCT)), merupakan metropolis terluas dan kedua teramai penduduknya di India, dan juga metropolis kelapan terbesar di dunia, kerana diduduki oleh lebih 12.25 juta penduduk dalam wilayah Delhi sahaja, dan seramai 22.2 juta orang di seluruh Kawasan Ibu Negara (yang juga merangkumi Noida, Gurgaon, Noida Besar, Faridabad dan Ghaziabad).[2] Ada yang menganggap beberapa kawasan bandar berdekatan NCT sebagai kawasan Delhi; begitu juga dengan New Delhi, ibu negara India yang terletak dalam lingkungan metropolis. NCT merupakan sebuah wilayah kesatuan tadbiran persekutuan.

Delhi merupakan ibu negara dan pusat politik dan kebudayaan India. Delhi yang terletak di tebing Sungai Yamuna pernah menjadi petempatan manusia tanpa henti sejak abad ke-6 SM.[4] Setelah kebangkitan Kesultanan Delhi, Delhi bangkit sebagai kota politik, budaya dan perdagangan utama di sepanjang laluan perdagangan antara India barat laut dan dataran Gangga.[5][6] Inilah tapak bagi pelbagai tugu, tapak arkeologi dan tinggalan zaman purbakala. Pada tahun 1639, maharaja Mughal, Shahjahan membina sebuah kota bertembok di Delhi yang berfungsi sebagai ibu kota Empayar Mughal dari tahun 1649 hingga 1857.[7][8]

Setelah Syarikat Hindia Timur British menguasai India pada abad ke-18 dan ke-19, Calcutta menjadi ibu kota pada zaman pemerintahan Syarikat dan juga zaman British Raj, sehingga berpindah balik ke Delhi atas titah Raja George V. Sebuah ibu kota baru bernama New Delhi dibina di selatan kota lama pada 1920-an.[9] Apabila India merdeka pada tahun 1947, New Delhi diisytiharkan sebagai ibu negara dan pusat kerajaannya. Oleh itu, di New Delhilah terletaknya pejabat-pejabat terpenting dalam kerajaan persekutuan, termasuk Parlimen India, dan juga berbilang muzium, tugu dan galeri seni kebangsaan.

Kesan penghijrahan orang ramai dari seluruh negara, Delhi berkembang menjadi metropolis kosmopolitan yang pelbagai budaya. Pembangunan dan pembandaran yang pesat, serta pendapatan penduduk yang agak lumayan, telah membentuk Delhi menjadi pusat kebudayaan, politik dan perdagangan utama di India. [10]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama census01del
  2. ^ a b "World Urbanization Prospects: The 2009 Revision Population Database". UN. Dicapai pada 2 April 2009.
  3. ^ "General info on Delhi". Government of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-30. Dicapai pada 2006-05-03.
  4. ^ Asher, Catherine B (2000) [2000]. "Chapter 9:Delhi walled: Changing Boundaries". Dalam James D. Tracy (penyunting). City Walls. Cambridge University Press. m/s. 247–281. ISBN 0521652219. Dicapai pada 1 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |chapterurl= (bantuan)
  5. ^ Necipoglu, Gulru (2002) [2002]. "Epigraphs, Scripture, and Architecture in the Early Sultanate of Delhi". Muqarnas: An Annual on the Visual Culture of the Islamic World. BRILL. m/s. 12–43. ISBN 9004125930. Dicapai pada 1 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |chapterurl= (bantuan)
  6. ^ Aitken, Bill (2001) [2002]. Speaking Stones: World Cultural Heritage Sites in India. Eicher Goodearth Limited. m/s. 264 ms. ISBN 8187780002. Dicapai pada 1 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |chapterurl= (bantuan)
  7. ^ The Encyclopedia Americana: A Library of Universal Knowledge. 8. Encyclopedia Americana Corp. 1918. m/s. 621. Dicapai pada 1 November 2008.
  8. ^ Sehgal, R.L. (1998) [1998]. Slum Upgradation: Emerging Issue & Policy Implication's. Bookwell Publications. m/s. 97. ISBN 8185040184. Dicapai pada 1 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |chapterurl= (bantuan)
  9. ^ Vale, Lawrence J. (1992). Architecture, power, and national identity. Yale University Press. m/s. 88–100. ISBN 030004958 Check |isbn= value: length (bantuan). Dicapai pada 1 November 2008. Cite has empty unknown parameter: |chapterurl= (bantuan)
  10. ^ Dayal, Ravi (2002). "A Kayastha's View". Seminar (web edition) (515). Dicapai pada 29 Januari 2007. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne