Dominion

Dominion (Latin: dominium terbitan kata dominus "kekuasaan; hak milik" lanjut dari domus "rumah"[1]) atau jajahan takluk ialah politi-politi separa merdeka di bawah Mahkota British yang membentuk Empayar British, bermula dengan Gabungan Kanada pada 1867.[2][3] Politi tersebut termasuklah Kanada, Australia, New Zealand, Newfoundland, Afrika Selatan, Negara Bebas Ireland dan kemudiannya dari lewat 1940-an iaitu India, Pakistan dan Ceylon (kini Sri Lanka). Pengisytiharan Balfour 1926 mengiktiraf Dominion sebagai "komuniti-komuniti autonomi dalam Empayar British" dan Statut Westminster 1931 mengesahkan kebebasan perundangan penuh mereka.

Penggunaan awal istilah "dominion" merujuk kepada wilayah tertentu pada abad ke-16 dan telah digunakan untuk menerangkan Wales dari tahun 1535 hingga 1801 dan Dominion New England di antara 1686 hingga 1689.

  1. ^ "dŏmĭnĭum". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 264.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama a1
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama a2

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne