Empayar Uthmaniyah

Negara Uthmaniyah Abadi
نڬارا عثمانية ابادي
دولتِ عليهٔ عثمانیه
Devlet-i ʿAlīye-i ʿOsmānīye
Empayar Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah
1299–1923
Bendera Empayar Uthmaniyah
Jata Empayar Uthmaniyah
Bendera Jata
Cogan kataدولتِ ابد مُدّت
Devlet-i Ebed-müddet
(Negara Abadi)
Lagu kebangsaanLagu kebangsaan Uthmaniyah
Wilayah Empayar Uthmaniyah pada tahun 1593.
Wilayah Empayar Uthmaniyah pada tahun 1593.
StatusDibubarkan
Ibu negaraSöğüt (1302–26)
Bursa (1326–65)
Edirne (1365–1453)
Kustantiniyah (1453–1922)[1][2]
Agama
Sunnah Islam (rasmi), Kesufian, Syiah, Kristian, Yazidi dan Yahudi (minoriti)
Kerajaan • Raja mutlak (1299–1876; 1920–1922)
 • Raja mutlak di bawah kediktatoran totalitarian autokratik (1878–1908)
 • Raja berparlimen berperlembagaan (1876–1878; 1908–1913; 1918–1920)
 • Raja berparlimen di bawah bediktatoran tentera totalitarian satu parti (1913–1918)
Sultan 
• 1281–1326 (pertama)
Osman I
• 1918–1922 (terakhir)
Mehmed VI
Perdana Menteri 
• 1320–1331 (pertama)
Alaeddin Pasha
• 1920–1922 (terakhir)
Ahmed Tevfik Pasha
Sejarah 
• Diasaskan
1299
1402–1414
1876–1878
1908–1918
• Pembubaran Kesultanan
1 November 1922
• Pemergian Mehmed VI, sultan terakhir
17 November 1922
24 Julai 1923
Keluasan
1683[4]5,200,000 km2 (2,000,000 bt2)
1914 [5]1,800,000 km2 (690,000 bt2)
Populasi
• 1856
35350000
• 1906
20884000
• 1912[6]
24000000
Mata wangAkçe, Kuruş, Lira, Sultani
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Rum
Kesultanan Adal
Beylik Anatolia
Empayar Byzantine
Kerajaan Beraja Bosnia
Empayar Bulgaria Kedua
Empayar Serbia
Kerajaan Beraja Hungary
Kerajaan Beraja Croatia
Kesultanan Mamluk
Dinasti Hafsid
Hospitaller di Tripolitania
Kerajaan Beraja Tlemcen
Empayar Trebizond
Kerajaan Sementara Turki
Republik Yunani
Caucasus Viceroyalty
Bosnia dan Herzegovina
Serbia
Albania
Romania
Bulgaria
OETA
Iraq Mandatori
Hejaz
Algeria Perancis
Cyprus British
Tunisia Perancis
Libya Itali
Sekarang sebahagian dari
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "stat_pop7"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "stat_year6"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "stat_pop6"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "Language"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "stat_year7"

Empayar Uthmaniyah (Bahasa Turki Uthmaniyah: دولتِ عليهٔ عثمانيه; Turki: Osmanlı İmparatorluğu) adalah sebuah negara[note 1] yang menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat, dan Afrika Utara antara abad ke-14 dan awal abad ke-20 selama lebih kurang 600 tahun. Ia didirikan pada akhir abad ke-13 di Anatolia barat laut di bandar Söğüt (Wilayah Bilecik moden) oleh pemimpin suku Osmani,[7][8] Uthman I.[9] Keluarga Bani Osmani ini ialah sebahagian kecil keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad kesebelas yang lalu. Bangsa ini ialah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13.[10] Pengikut-pengikutnya terkenal sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniyah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah sejagat" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".[11]

Pada tahun 1357, mereka menyeberangi Dardanelles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Yunani dan Bulgaria. Kustantiniyah (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) setelah jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah. Kerajaan Uthmaniyah mempunyai angkatan laut yang handal di Laut Mediterranean dan melaksanakan tugasnya dalam peperangan dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniyah. Uthmaniyah juga meluaskan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Mesopotamia dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniyah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam ialah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al-Quran yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bida'ah yang dibuat-buat" dalam Al-Quran itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniyah kini pula menghadapi persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan Rusia.

Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai Karlovitz, Uthmaniyah dipaksa bersetuju untuk menyerahkan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Venice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagian tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniyah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Yunani pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahun 1830. Kerajaan Uthmaniyah digelar "Orang sakit Eropah" dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia I pada tahun 1912-1919, kesemua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniyah, dengan wilayah Eropahnya ialah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kemal Atatürk telah menghapuskan nama kerajaan Uthmaniyah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.

  1. ^ The Encyclopædia Britannica, Vol.7, Edited by Hugh Chisholm, (1911), 3; Constantinople, the capital of the Turkish Empire...
  2. ^ Britannica, Istanbul:When the Republic of Turkey was founded in 1923, the capital was moved to Ankara, and Constantinople was officially renamed Istanbul in 1930.
  3. ^ Perjanjian Sèvres (10 Ogos 1920) memberi pengesahan minima terhadap kewujudan empayar. Penghapusan Kekhalifahan Uthmaniyah pada 1 November 1922 tidak menghapuskan "negara" tersebut tetapi sebaliknya "Ottoasty. Negara Uthmanuan dihapuskan secara rasinya melalui Perjanjian Lausanne (24 Julai 1923) yang mengiktiraf "pemerintah Ankara" (Ankara government) dan bukannya kerajaan yang berpusat di Kustantiniyah sebagai pemilik benar dan negara pengganti. Kerajaan yang berpusat di Istanbul kehilangan keuta selepas keberangkatan sultan. TBMM mengisytiharkan Republik Turki ("Republic of Turkey") sebagai pengganti (29 Oktober 1923).
  4. ^ Peter Turchin, Thomas D. Hall and Jonathan M. Adams, "East-West Orientation of Historical Empires Diarkibkan 2018-12-25 di Wayback Machine", Journal of World-Systems Research Vol. 12 (no. 2), pp. 219-229 (2006).
  5. ^ Dündar, Orhan; Dündar, Erhan, 1.Dünya Savaşı, Millî Eğitim Bakanlığı Yayınları, 1999, ISBN 975-11-1643-0
  6. ^ Defeat in detail: the Ottoman Army in the Balkans, 1912-1913, Edward J. Erickson, page 59
  7. ^ A ́goston, Ga ́bor; Masters, Bruce Alan (2008). Encyclopedia of the Ottoman Empire. Infobase Publishing, NY. m/s. 444. ISBN 978-0-8160--6259-1. "Osman was simply one among a number Turkoman tribal leaders operating in the Sakarya region."
  8. ^ "Osman I". Encyclopedia Britannica. Osman I, also called Osman Gazi, (born c. 1258—died 1324 or 1326), ruler of a Turkmen principality in northwestern Anatolia who is regarded as the founder of the Ottoman Turkish state.
  9. ^ Finkel, Caroline (2006-02-13). Osman's Dream: The Story of the Ottoman Empire, 1300–1923. Basic Books. m/s. 2, 7. ISBN 978-0-465-02396-7.
  10. ^ Quataert, Donald (2005). The Ottoman Empire, 1700–1922 (ed. 2). Cambridge University Press. m/s. 4. ISBN 978-0-521-83910-5.
  11. ^ H. İnalcık "Perkembangan Empayar Uthmaniyah" di P.M. Holt, A.K. S. Lambstone, dan B. Lewis (eds), "Sejarah Islam Cambridge" (Universiti Cambridge). muka surat 295-200


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne