Forbes

Forbes
Forbes Building di Fifth Avenue, Bandaraya New York (kini milik Universiti New York)
Ketua penyuntingSteve Forbes
Isu pertama1917
NegaraAmerika Syarikat
Bertapak diBandaraya New York
BahasaInggeris
Laman webforbes.com

Forbes ialah majalah perniagaan Amerika. Diterbitkan dua minggu sekali, ia menampilkan artikel asal mengenai kewangan, industri, pelaburan, dan topik pemasaran. Forbes juga melaporkan subjek berkaitan seperti teknologi, komunikasi, sains, politik, dan undang-undang. Ibu pejabatnya terletak di Jersey City, New Jersey. Pesaing utamanya dalam penghasilan majalah niaga kebangsaan ialah majalah dwimingguan Fortune, dan mingguan Bloomberg Businessweek. Majalah Forbes terkenal kerana senarai terunggulnya, termasuklah senarai warga AS terkaya (Forbes 400) dan senarai jutawannya. Cogan kata majalah Forbes ialah "The Capitalist Tool" (Alat Kapitalis).[1]

  1. ^ Romenesko, Jim (Ogos 9, 2011). "Randall Lane returns to Forbes as editor". Poynter.org. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 22, 2014.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne