Gelombang haba

Sebuah gelombang haba merujuk kepada suatu tempoh di mana cuaca dirasai terlalu panas yang mungkin disertai dengan kelembapan yang tinggi, terutamanya di negara-negara beriklim lautan. Meskipun pentakrifan tepat yang diberikan adalah berbeza,[1] gelombang haba diukur relatif kepada cuaca yang biasa dialami di kawasan itu serta suhu-suhu normal pada musim yang sedang dialami. Suhu yang dirasakan biasa bagi penduduk kawasan beriklim yang lebih panas boleh dianggap termasuk dalam gelombang haba di kawasan yang lebih sejuk jika ia berada luar daripada corak iklim kawasan tersebut yang biasa.[2]

Istilah ini digunakan untuk kedua-dua untuk perubahan cuaca panas dan bahang luar biasa yang mungkin terjadi hanya sekali dalam satu abad. Gelombang haba yang dahsyat telah menyebabkan bencana kegagalan tanaman, ribuan kematian akibat hipertermia, serta meluasnya gangguan bekalan disebabkan peningkatan penggunaan udara dingin. Fenomena ini dianggap cuaca ekstrim serta suatu ancaman kerana kepanasan dan cahaya matahari ini boleh memanaskan tubuh manusia pada tahap yang membahayakan.

  1. ^ Meehl, George A.; Tebaldi, Claudia (13 Ogos 2004). "More Intense, More Frequent, and Longer Lasting Heat Waves in the 21st Century". Science. 305 (5686): 994–7. Bibcode:2004Sci...305..994M. doi:10.1126/science.1098704. PMID 15310900.
  2. ^ Robinson, Peter J. (April 2001). "On the Definition of a Heat Wave". Journal of Applied Meteorology. American Meteorological Society. 40 (4): 762–775. Bibcode:2001JApMe..40..762R. doi:10.1175/1520-0450(2001)040<0762:OTDOAH>2.0.CO;2. ISSN 1520-0450.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne