Geneva

Geneva
Genève
Pemandangan Geneva
Pemandangan Geneva
Bendera Geneva
Bendera
Mohor rasmi bagi Geneva
Mohor
Negara Switzerland
Kerajaan
 - Maire Sandrine Salerno
Kepadatan (2004)
 - Bandar 185,526
 - Metro 960,000
Zon masa UTC+1 (UTC)

Geneva (/ˈnvə/; Perancis: Genève [ʒənɛv]; Jerman: Genf [ɡɛnf]; Itali: Ginevra [dʒiˈneːvra]; Romansh: Genevra) merupakan bandar kedua paling berpopulasi di Switzerland (selepas Zürich) dan juga merupakan bandar yang paling ramai penduduknya di Romandy, bahagian Switzerland yang bertutur dalam Perancis. Terletak di mana sungai Rhône berhenti di Tasik Geneva, Geneva juga merupakan ibu negeri bagi Republik dan Kanton Geneva.

Bandar Geneva menampung penduduk seramai 200,548 orang, dan kantonnya (bandar serta pinggir bandar) mempunyai seramai 495,249 orang.[1] Di dalam wilayah Swiss, ada kawasan pengualang-alik yang dinamakan "Métropole lémanique" yang mempunyai jumlah penduduk seramai 1.26 juta.[2][3] Kawasan ini meliputi kawasan di bahagian timur dari Geneva sehingga ke kawasan Riviera (Vevey, Montreux) dan timur laut ke arah Yverdon-les-Bains, berdekatan kanton Vaud.

Geneva merupakan bandar global, sebuah pusat kewangan dan pusat antarabangsa untuk diplomasi dengan adanya badan-badan antarabangsa, termasuklah ibu pejabat untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu[4] dan Persatuan Palang Merah.[5] Geneva juga telah menjadi hos bagi badan-badan antarabangsa yang paling banyak di dunia.[6] Di sini jugalah di mana Konvensyen-konvensyen Geneva ditandatangani, terutama yang berkaitan dengan layanan terhadap orang-orang yang tak melawan dan tawanan perang.

Pada 2017, Geneva merangkul tempat yang ke-15 bagi pusat kewangan terpenting di dunia dalam bidang daya saing oleh Indeks Pusat Kewangan Dunia, kelima di Eropah di belakang London, Zürich, Frankfurt dan Luxembourg.[7] Pada 2019 Geneva tersenarai antara sepuluh bandar yang paling sesuai didiami di dunia oleh Mercer bersama-sama Zürich dan Basel.[8] Bandar raya ini telah dirujuk sebagai metropolis paling padat di dunia[9] dan sebagai "Ibu Kota Aman".[10] Pada 2017, Geneva tersenarai sebagai bandar yang ketujuh paling mahal di dunia.[11] Geneva juga ditempat yang ketiga bagi kuasa beli berdasarkan kedudukan oleh UBS pada 2018.[12]

  1. ^ Swiss Federal Statistical Office - STAT-TAB, online database – Ständige und nichtständige Wohnbevölkerung nach institutionellen Gliederungen, Geburtsort und Staatsangehörigkeit (Jerman) accessed 17 September 2018
  2. ^ "La Suisse en 2020 sera plus latine, romande et lémanique". Centre Patronal. 15 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "statistique de la Métropole lémanique". DOC PLAYER. 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Paul Hofmann (24 June 1990). "Staying on the Safe Side; Geneva". The New York Times Company. Dicapai pada 19 April 2008.
  5. ^ Finn-Olaf Jones (16 September 2007). "36 Hours in Geneva". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2011. Dicapai pada 2 Februari 2008. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ François Modoux, "La Suisse engagera 300 millions pour rénover le Palais des Nations", Le Temps, Friday 28 June 2013, page 9.
  7. ^ "The Global Financial Centres Index 22" (PDF). Long Finance. September 2017.
  8. ^ https://mobilityexchange.mercer.com/Insights/quality-of-living-rankings
  9. ^ "Geneva – the smallest metropolis in the world". Learn-Swiss-German.ch. 5 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ "MySwitzerland.com". MySwitzerland.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2014. Dicapai pada 15 Oktober 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ "Cost of Living survey 2010 – City rankings". Mercer.com. 29 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2017. Dicapai pada 3 Oktober 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "Global cities ranking 2018 – City rankings". ubs.com. 7 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2018. Dicapai pada 7 Julai 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne