Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri
هاري راي عيدالفطري
Nama rasmiHari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa, Bahasa Arab: عيد الفطر ʿĪd al-Fiṭr
Juga dikenali sebagai
Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan Bayramı (Turki), Eid ul Fitr (Inggeris)
Diraikan oleh/di
Umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim di negara Muslim
JenisPerayaan agama
KepentinganMenandakan berakhirnya bulan Ramadan, bulan puasa
SambutanMenghias, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, memasang lampu pelita, balik kampung
UpacaraSolat
Tarikh1 Syawal
Tarikh 202322 April - 20 Mei
Tarikh 202410 April - 10 Mei
Berkaitan dengan
Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam lain, yang disambut 70 hari kemudian
Hari ini
16 Zulhijah 1445
Ahad
23 Jun 2024
(UTC 0)

Takwim Islam

  1. Muharam
  2. Safar
  3. Rabiulawal
  4. Rabiulakhir
  5. Jamadilawal
  6. Jamadilakhir
  7. Rejab
  8. Syaaban
  9. Ramadan
  10. Syawal
  11. Zulkaedah
  12. Zulhijah

Hari Raya Aidilfitri (Arab: عيد الفطر; ʿĪd al-Fiṭr; "perayaan buka puasa") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne