Iklim separuh gersang

Zon iklim Separa Gersang Panas sedunia
Zon iklim Separa Gersang Sejuk sedunia

Iklim separa gersang atau iklim steppe merupakan kawasan-kawasan yang iklimnya menerima kerpasan tahunan yang rendah, iaitu biasanya antara 250-400 mm[1]. Sistem pengelasan iklim Köppen menghuraikan iklim steppe (BSk dan BSh) sebagai iklim antaraan iklim gurun (BW) dan iklim lembap dari segi sifat ekologi dan potensi pertanian. Sistem Köppen membenarkan penyelarasan suhu dan pengecualian rantau berhutan (seperti di kebanyakan kawasan Kanada dan Siberia). Iklim separa gersang membolehkan kehidupan tumbuh-tumbuhan yang serba semak. Terdapat dua jenis iklim separa gersang, iaitu iklim separa gersang panas (BSh) dan iklim separa gersang sejuk (BSk).

Untuk menentukan sama ada sesebuah kawasan memang mengalami iklim gersang, pertama sekali ambang kerpasannya (dalam ukuran milimeter) mesti ditentukan dengan langkah-langkah berikut:

  1. Darabkan purata suhu tahunan (dalam °C) dengan 20
  2. Tambahkan nilai-nilai berikut berdasarkan peratusan jumlah kerpasan dalam separuh tahun yang bermatahari tinggi (April hingga September di Hemisfera Utara, atau Oktober hingga Mac di Hemisfera Selatan)
    • >70% jumlah kerpasan: 280
    • 30–70% jumlah kerpasan: 140
    • <30% jumlah kerpasan: 0

Jika kerpasan tahunan kawasan itu kurang daripada ambangnya tetapi lebih daripada separuh ambangnya, maka dikelaskannya BS (iklim steppe).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne