Islam dan sekularisme

Peta dunia Islam, dengan negara-negara sekular dalam biru dan Turki sebagai republik sekular dalam merah.

Seorang Muslim sekular selalunya lebih cenderung kepada demokrasi sekular moden dan memisahkan agama dan negara, dan ini bertentangan dengan fahaman Islam sebagai gerakan politik. Seorang Muslim sekular biasanya masih mengamalkan Islam secara peribadi tetapi tidak bersetuju penguatkuasaan undang-udang Syariah dalam masyarakat. Terdapat banyak bangsa dan negara yang sekular walaupun tinggal di sebuah negara Islam, atau sebaliknya (negara sekular dengan penduduk Muslim yang alim).

Sekularisme berasaskan pemisahan agama dari semua hal-hal duniawi. Sekularisme menolak peraturan syariah dan lebih suka peraturan selain dari syariah. Penyokong sekularisme mendakwa bahawa undang-undang Tuhan sesuai sewaktu ia diwahyukan dan tidak sesuai lagi pada masa kini.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne