Islam di Denmark


Penduduk Islam di Denmark terdiri daripada kira-kira 2%[1] - 5%[2] dari jumlah penduduk Denmark adalah Muslim. Islam adalah agama minoriti terbesar di Denmark [3]. Kebanyakan penduduk Denmark menganut agama Kristian, dengan Protestan membentuk sebanyak 92% dari orang Denmark dan Gereja Evangelical Lutheran merupakan gereja kebangsaan. Pada 2005, 83.5% dari penduduk negara ini adalah ahli Folkekirken, gereja Kristian kebangsaan [1].

Kebebasan agama adalah sebahagian dari undang-undang di Denmark, dan pada 2005, sembilan belas masyarakat Muslim mempunyai status sebagai persatuan keagamaan, yang memberikan mereka manfaat dari segi cukai. Akan tetapi, tidak seperti kebanyakan negara Barat, Denmark tidak memisahkan gereja dari kerajaan, ini memberikan kelebihan ekonomi dan budaya kepada Folkekirken yang tidak dapat dikongsi oleh orang Islam atau masyarakat minoriti lain [4].

Kebanyakan orang Iskam yang tinggal di Denmark merupakan pendatang generasi pertama dari negara-negara majoriti Muslim. Perpindahan ini berlaku dengan tiga cara; pekerja asing, pencari perlindungan politik dan mereka yang berkahwin dengan penduduk tempatan.

Semasa awal 1970-an, ramai orang Islam berpindah dari Turki, Pakistan, Maghribi atau Yugoslavia untuk mencari kerja di Denmark. Denmark kemudian menyekat imigrasi bebas pada 1973.

Pada 1980-an dan 90-an, ramai orang Islam datang ke Denmark mencari perlindungan politik. Semasa 1980-an, kebanyakannya dari Iran, Iraq, Gaza dan Tebing Barat manakala pada 1990-an, kebanyakannya dari Somalia dan Bosnia. Sebahagian dari mereka yang mencari perlindungan politik ini telah didakwa melakukan keganasan di negara sendiri [5]. Golongan pencari suaka ini merupakan 40% dari jumlah penduduk Muslim Denmark [3].

Kini, hampir semua Muslim yang berpindah ke Denmark berhijrah untuk menghubungkan semula tali persaudaraan, dengan mengahwini warganegara Denmark. Baru-baru ini, Denmark telah mewartakan undang-undang baru yang menyusahkan proses ini. Ia memerlukan kedua-dua pasangan berumur lebih 24 tahun, dan memerlukan bukti bahawa pasangan rakyat Denmark itu dapat menyara pasangan yang akan dikahwininya.

  1. ^ "CIA World Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-09. Dicapai pada 2007-03-28.
  2. ^ United States State Department
  3. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-07-01. Dicapai pada 2007-03-28.
  4. ^ (Danès) http://www.state.gov/g/drl/rls/irf/2005/51549.htm
  5. ^ Jihad in Denmark Diarkibkan 2007-02-06 di Wayback Machine, Danish Institute for International Studies

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne