Islam di Itali


Sejarah Islam di Itali bermula pada abad ke-9: Sicily, Sardinia dan beberapa kawasan di Semenanjung Itali pernah menjadi sebahagian dari kawasan Ummah Muslim antara tahun 828 (Penaklukkan Islam Sicili) dan tahun 1300 (pemusnahan kubu Islam terakhir di Lucera, Puglia). Islam hampir tidak wujud di Itali antara tempoh unification aitu pada 1861 sehingga ke tahun 1970an, bila imigran dari Afrika Utara beransur-ansur tiba. Pendatang-pendatang Afrika Utara ini kebanyakkannya terdiri dari orang-orang Berber yakii dari keturunan Arab dan datang terutamanya dari Maghribi. Namun begitu, sejak tahun-tahun kebelakangan, mereka diikuti oleh orang-orang Tunisia, Albania dan dalam bilangan yang lebih kecil, dari Libya, Mesir, Pakistan, Somalia, orang-orang Arab dari Timur Tengah dan orang-orang Kurd.

Bilangan umat Islam di Itali kini mungkin melebihi angka sejuta orang, walaupun hanya lebih kurang 60,000 sahaja warganegara Itali beragama Islam. Mereka ini sama ada dari kumpulan imigran yang mendapat kerakyatan Itali ataupun anak jati Itali yang memeluk agama Islam.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne