Islam di Korea Selatan


Di Korea Selatan, Islam ialah sebuah agama minoriti yang kecil. Komuniti Muslim di negara ini (warga tempatan Korea termasuk pendatang asing) berpusat di sekitar bandar Seoul, di mana masjid pertama terbesar pada abad ke-20 dibina pada tahun 1976 berbekalkan dana daripada Misi Islam Malaysia dan negara-negara Islam lain.

Selain daripada kurang 30,000 masyarakat Muslim Korea, terdapat pendatang-pendatang asing daripada Asia Selatan, Timur Tengah, Indonesia dan Malaysia yang datang ke Korea Selatan di mana majoriti pendatang asing ini beragama Islam. Mereka telah menjadi pekerja asing sejak tahun 90-an, menjadikan jumlah populasi Muslim di negara ini meningkat kepada lebih kurang 35,000 orang.[1] Pada tahun 2007, bilangan Muslim Korea menaik ke 35,000 dan dengan ketambahan pendatang asing islam ke negara itu meningkatkan jumlah orang Muslim kepada hampir 200,000 orang.[1]

Dipercayai bahawa tidak ada kemunculan Islam secara menonjol di Korea Utara, di mana aktiviti keagamaan umum di negara itu hampir tidak pernah wujud.

  1. ^ a b (Inggeris) Bae Ji-sook (10 Ogos 2007). "Life is Very Hard for Korean Muslims". Korea Times. Dicapai pada 20 Jun 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne