Islam di Rusia


Daerah di Rusia dengan majoriti Muslim.

Islam merupakan agama kedua terbesar yang dianut di dalam Persekutuan Rusia. Menurut undian yang dijalankan oleh Pusat penyelidikan pendapat awam Rusia, 6% daripada responden mengaku mereka Muslim.[1].

Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, terdapat kira-kira 21-28 juta penduduk Islam di Rusia, mewakili sekurang-kurangnya 15-20 peratus daripada jumlah penduduk negara Rusia dan membentuk agama minoriti yang terbesar. Kelompak masyarakat terbesar Islam tertumpu di antara warganegara minoriti yang tinggal di antara Laut Hitam dan Laut Caspian: Avar, Adyghe, Balkar, Nogai, Chechen, Circassian, Ingush, Kabardin, Karachay dan banyak bilangan warga negara Dagestan. Di Volga Basin tengah ada penduduk besar Tatar dan Bashkir, kebanyakan mereka Muslim. Banyak penduduk Islam juga tinggal di Perm Krai dan Ulyanovsk, Samara, Nizhny Novgorod, Moscow, Tyumen dan Leningrad Oblast (kebanyakannya kaum Tatar).


  1. ^ "(Rusia)Опубликована подробная сравнительная статистика религиозности в России и Польше". religare.ru. 6 Jun 2007. Dicapai pada 2007-12-27.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne