Kesan rumah hijau

Kesan rumah hijau atau kesan rumah kaca ialah proses dimana sinaran dari atmosfera planet akan memanaskan permukaan planet tersebut kepada suatu suhu melebihi suhunya tanpa atmosfera.

Gas rumah hijau membenarkan cahaya matahari untuk melalui atmosfera, lalu menyerap dan memantul sinaran inframerah (haba) yang dijana oleh planet.
Tenaga mengalir melalui angkasa, atmosfera, dan permukaan bumi dengan gas rumah hijau di atmosfera memerangkap kebanyakkan dari haba yang dipantulkan oleh permukaan bumi.

Gas rumah hijau yang wujud di atmosfera sesebuah planet akan membebaskan tenaga ke semua arah. Sebahagian dari tenaga ini akan terarah kepada permukaan lalu memanaskannya.[1] Aerosol juga mempunyai kesan yang serupa.[2] Intensiti sinaran ke permukaan, iaitu kekuatan kesan rumah hijau bergantung kepada kuantiti gas rumah hijau dan aerosol yang terkandung dalam atmosfera. Suhu akan meningkat sehingga mencapai keseimbangan dengan kadar sinaran ke atmosfera, yang menyejukkan permukaan.[3]

Kesan rumah hijau yang berlaku secara semulajadi di bumi amat penting untuk menyokong kehidupan. Namun, aktiviti manusia terutamanya pembakaran bahan api fosil dan penebangan hutan secara berleluasa telah meningkatkan kesan rumah hijau dan menyebabkan pemanasan global.[4]

Planet zuhrah mengalami kesan rumah hijau tidak terkawal, mengakibatkan atmosferanya mengandungi 96% karbon dioksida dan tekanan atmosferik pada permukaan adalah hampir sama seperti 900m di bawah laut di bumi. [5][6]

  1. ^ Vaclav Smil (2003). The Earth's Biosphere: Evolution, Dynamics, and Change. MIT Press. m/s. 107. ISBN 978-0-262-69298-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2016. Dicapai pada 18 February 2016.
  2. ^ Lacis, Andrew; Hansen, James; Sato, Makiko (1992). "Climate forcing by stratospheric aerosols". Geophysical Research Letters (dalam bahasa Inggeris). 19 (15): 1607–1610. Bibcode:1992GeoRL..19.1607L. doi:10.1029/92GL01620. ISSN 1944-8007.
  3. ^ Rebecca, Lindsey (2009-01-14). "Climate and Earth's Energy Budget : Feature Articles". earthobservatory.nasa.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2021. Dicapai pada 2020-12-14.
  4. ^ IPCC AR4 WG1 (2007), Solomon, S.; Qin, D.; Manning, M.; Chen, Z.; Marquis, M.; Averyt, K.B.; Tignor, M.; Miller, H.L. (penyunting), Climate Change 2007: The Physical Science Basis, Contribution of Working Group I to the Fourth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change, Cambridge University Press, ISBN 978-0-521-88009-1, diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2019, dicapai pada 5 August 2019 (pb: ISBN 978-0-521-70596-7)
  5. ^ Jakosky, Bruce M. (1999). "Atmospheres of the Terrestrial Planets". Dalam Beatty, J. Kelly; Petersen, Carolyn Collins; Chaikin, Andrew (penyunting). The New Solar System (ed. 4th). Boston: Sky Publishing. m/s. 175–200. ISBN 978-0-933346-86-4. OCLC 39464951.
  6. ^ Hashimoto, G. L.; Roos-Serote, M.; Sugita, S.; Gilmore, M. S.; Kamp, L. W.; Carlson, R. W.; Baines, K. H. (2008). "Felsic highland crust on Venus suggested by Galileo Near-Infrared Mapping Spectrometer data". Journal of Geophysical Research: Planets. 113 (E9): E00B24. Bibcode:2008JGRE..113.0B24H. doi:10.1029/2008JE003134. S2CID 45474562.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne