Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (Februari 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Kreta Ayer | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 牛車水 | ||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 牛车水 | ||||||||||
Maksud harfiah | "air kereta lembu" | ||||||||||
| |||||||||||
Tamil | |||||||||||
Tamil | சைனா டவுன் |
Kreta Ayer atau Chinatown ialah sebuah petempatan etnik yang bercirikan unsur-unsur kebudayaan Cina yang menonjol serta tumpuan penduduk etnik Cina bersejarah. Kreta Ayer terletak dalam lingkungan daerah Outram. Ia dinamakan sempena kereta-kereta lembu yang kerap membawa bekalan air bersih untuk kegunaan para petempat kawasan ini.[1]
Oleh sebab orang Cina adalah kelompok etnik terbesar di Singapura, iaitu kira-kira 75% keseluruhan penduduk, Kreta Ayer tidak kelihatan seperti suatu enklaf etnik seperti dahulu. Namun begitu, daerah ini masih mengekalkan peninggalan sejarah dan kebudayaan yang penting. Kebanyakan kawasannya telah diisytiharkan secara rasmi sebagai tapak warisan yang ditandakan untuk pemuliharaan oleh pihak Penguasa Pembangunan Semula Bandar.